Tetamu NK

Sunday, 25 August 2013

Sejahtera Tunggu Nak Lipat Aman Makmur Ja..

Asalamua'laikum....Selamat Hari Raya..Wak minta maaf sebab lama benar berehat. Maklumlah. Selepas sebulan berpuasa, sekarang sebulan pula kita beraya. Sejak-sejak kita secara rasmi menyambut raya selama sebulan dengan wujudnya konsep rumah terbuka sehinggalah 30 haribulan Syawal maka Wak pun turut samalah menjadi malas untuk menaip. Sebab utama ialah banyak makan. Hasil banyak makan maka makin banyaklah tidur. Bila banyaknya tidur maka sudah tentulah banyak kerja yang tak jalan. Tapi Wak bukan macam tu. Wak cuma kata ja...

Ibarat sireh pulang ke ganggang. Umpama burung kembali ke sarang. Ibarat ikan pulang ke lubuk. Selepas PRU13, banyak parti sudah kembali ke status asal terutamanya pada negeri Kedah. 

BN kembali perintah dan PAS kembali lah menjadi pembangkang. Nak tahu macam mana BN perintah, patah baliklah 5 tahun ke belakang dan juga tahun-tahun sebelumnya. Nak tahu macam mana PAS menjadi pembangkang, maka lakukanlah seperti langkah yang sama.

BN dah tunjuk tak mampu menjadi pembangkang. Dan PAS juga dah buktikan bahawa mereka tidak layak untuk memerintah. 

BN pernah menjadi pembangkang tetapi dalam masa 5 tahun ni, BN membangkang dalam keadaan yang cukup lemah. Jangan kata nak serang habis-habisan, separuh jalan saja terus semput. Sebab tak ada pengalaman menjadi pembangkang. Asyik bertahan saja. 

PAS pula cukup cekap membangkang. Oleh kerana sangat cekap membangkang maka rakyat Kedah pun bagilah peluang untuk memerintah. Mula-mula cukup gah. Kemudian dah tak pulun sangat dah membangkang sebab sibuk memerintah. Bila BN serang dan tanya, depa buat bo layan ja, dalam bo layan, habis hutan kena tarah. Rakyat tengok tak kisah. Bising saja, bagi alasanlah baru nak buat kerja sebab baru memerintah. 

Roda berpusing cepat di Kedah. Di Kelantan, tak tahulah kenapa? Di Pulau Pinang, usaha berterusan dengan keinginan Malaysian Malaysia menjadikan roda berpusing payah. Tetapi pasti akan ada yang turun dan ada yang di atas.

Wak nak cakap pasal Kedah sudahlah. Berbalik pada tadi, Wak rasa pengalaman pada BN dan PAS mungkin akan terubah sedikit cara mereka bertahan dan membangkang. 

BN pastinya akan bertahan dan sentiasa akan berusaha untuk memerintah dengan lebih baik. Dan PAS pula ibarat pahlawan yang lama tak main pedang. Warming up sekejap saja cukuplah, mereka akan kembali biasa dan bergelar pendekar membangkang. Tetapi jangan lupa.Bukan dah pendekar sangat dah pun. Nama pun pendekar mulut dulu dari buah. Boleh fahamlah. 

Dan lagi satu BN kena ingat..Kalau PAS buat bodo bila BN tegur, depa ingat hanya BN yang lorat padahal seluruh rakyat Kedah pun perhati sama. Jadi ambiklah sebagai pengajaran. Dan PAS pula, lepas ni lagi sakanlah membangkang. Sebab depa tahu depa berak kat mana. Najis mereja yang nyata dan tersorok yang hanya mereka tahu itulah yang akan mereka halakan kepada Kerajaan BN sekarang dengan menyatakan itulah najis BN dan BN perlu dipersalahkan dan BN perlu bersihkan. 

Dan kena ingat. PAS cukup pandai dalam bab membangkang. Tapi Wak pun nak pesan jugalah. Takut pada Allah lah sebelum nak membangkang pun. Sebab rugi undi tak apa. Jangan undi syurga sebab kita berdusta dan mengadu domba agar rakyat menjadi bangsa yang tidak bersyukur dan berusaha. 

Syaitan bukan hanya syaitan alam ghaib saja. Manusia pun syaitan juga kalau dah ambil undi tolak dosa pahala.