Tetamu NK

Friday 27 September 2013

Siapa Calon Dari Kumpulan Gangster?

CCZ menulis..

Satu petang, CCZ sedang memandu kereta membawa anak perempuan CCZ yang dah besar. Darjah 2 dah sekarang. Kereta yang CCZ pandu melewati sekolahnya di salah sebuah daerah di Kedah.

Tetiba anak CCZ berkata..

"Mak..ada tak sekolah yang ajar gangster?" terkejut CCZ dengan pertanyaan anak CCZ.

"Sekolah gangster?" tanya CCZ.

"Bukan sekolah tapi tempat ajar gangster." sambung si anak.

"Nak buat apa?"

"Saja..saya nak belajar jadi gangster. Wacha!!!" serentak dengan wachaa, anak CCZ buat aksi taekwando ka apa ntah dengan kaki tangan naik seolah nak tendang orang.

Dalam hati CCZ menggerutu. Ini tak lain tak bukan mesti terpengaruh dengan filem-filem dan drama-drama Melayu yang banyak tentang gangster.

Jadinya pembaca sekalian..Apakah yang harus kita lakukan? Nampaknya selain dadah dan masalah sosial yang lain, zaman anak kita lagi mencabar. Hmmmm...

p/s: Selepas ini gajet telefon yang canggih adalah bersekali dengan pistol dan kamera. Atas nama keselamatan.

Thursday 26 September 2013

Takziah..

Al-Fatihah..Wak ucap takziah pada keluarga Allahyarham mantan MB Kedah, Ustaz Azizan. Semoga rohnya dirahmati Allah.

16 Fakta Antara 2 MB



CCZ menulis..



Rata-rata heboh tentang 16 fakta beza dua Menteri Besar Kedah yang disiarkan melalui Harakahdaily. Letaknya dalam slot Pilihan Terbaik dari Blog. Hehehe..CCZ nak tanyalah juga, dalam banyak-banyak blog malah boleh dikatakan dalam PAS saja lebih 10,000 blog yang ada, takkan ini saja yang mampu ‘admin’ Harakhadaily pilih sebagai yang terbaik?


Tapi bila CCZ fikir balik, nama pun dari PAS. Jadi tak hairanlah fakta-fakta yang standard kedai kopi di mana-mana pak-pak tua sedang berbincang masalah negara dari sesudah subuh sampailah ke waktu tengahari. Pukul 11 pun situ lagi. Bini kat rumah bersilat satu rumah, yang suami pula bincang isu di kedai kopi. Syok sendiri. Kalau kerja sendiri masih ok lah, tup yang bersembang pencen dengan Kerajaan. Lagi tinggi ilmu depa. 29 hari kutuk Kerajaan, satu hari, pagi saja pi cucuk duit kat ATM mesin ambik pencen kemudain sambung balik kutuk itu ini. Kalau suruh bersyukur, depa kata bersyukur dengan Allah sudah. Buat apa nak berterima kasih dengan Kerajaan? Hah! Jawablah orang UMNO? Ini ayat Pas ni? Ayat orang-orang yang katanya meninggikan Islam.


 CCZ sebenarnya dah senaraikan 16 jawapan mengikut 16 fakta. Sebab fakta ni pun kira fakta yang diagung-agungkan penulisnya sebagai yang hangat diperkatakan sedangkan bagi CCZ, yang hangat diperkatakan hanya mungkin orang-orang yang dah tak ada kerja sangat dah. Tak pun yang akalnya ‘below than’ budak tadika. Semuanya melambangkan Melayu selalu berfikir bodoh! Tapi disebabkan isu ni, CCZ pun relalah digelar orang bodoh untuk menjawab balik. Sebab sekarang dah tak ada sekolah untuk orang-orang dewasa yang masih lagi tak reti nak fikir.


Untuk isu,


 1) Dalam masa 14 hari jadi MB, Mukhriz bawa anak bini ke London di mana  tiket penerbangan  dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah, sedang Azizan selepas 3 tahun. 


2) Beli kain RM15,000.


3) Belanja sejumlah RM200,000 untuk pembaikan rumah orang tuanya. 


CCZ nak kata ginilah…Itu MB sendiri.  Yang dipilih rakyat untuk tadbir negeri. MB dan keluarga. Kalau kita ni bekerja dengan Kerajaan Negeri ka atau Kerajaan Persekutuan ka, ada peraturan, ada undang-undang dalam menggunakan duit Kerajaan ni. Lagipun tiket penerbangan tu tulis secara umum pulak tu. Tiket penerbangan. Untuk siapa? Untuk MB sajaka atau untuk keluarganya juga?  Cara tulis ayat pun dah nampak sangat. Hanya nak wujudkan cakap-cakap bodoh untuk mengisi permainan minda orang-orang yang hanya baca Harakah saja. Lagi satu, kita yakin sangatkah Mukhriz  pi bercuti saja? Kalau dia pi cari pelaburan secara tak ‘official’ tapi mampu beri impak yang besar kepada negeri, CCZ nak tanya, dosa fitnah tak berakal ni sapa nak tanggung? Nampak je ringan tapi kalau hanya beberapa ayat di atas kita tulis dengan tujuan nak burukkan pemimpin dan hasilnya ramai lagi yang terikut, CCZ takut kita semua jenuh nak jumpa Mukhriz dan minta maaf. Lagi satu air muka kita nak letak mana? Dulu Tun sikit punya kita kutuk tapi dalam celah kutuk tu pun, kita suruh anak-anak kita cari kerja dengan Kerajaan sebab mudah hidup. Air muka ooi….air muka. Kalau setakat pandai cakap tapi masih sikit-sikit Kerajan sikit Kerajaan baik ambik tahi telan!


Tapi waktu Azizan, di KHTP saja misalnya, sila rujuklah blog Kedahtimes ka, blog berkaitan KHTP ka yang mana timbul isu CEO pi cari pelaburan luar negara sampai berjuta-juta tapi habuk pun tak ada. Bukan tu saja malah ada blog yang tulis siap beli seluar dalam lagi sebagai hadiah kepada staf-staf perempuan di situ. Kenapa tak tulis dan jawab balik apa yang diperkatakan dari blog UMNO? Itu baru CEO dari satu GLC bawah Datuk Azizan. Belum lagi kita kira berpuluh lagi CEO dan sebagainya yang guna duit rakyat atas alasan yang sama tapi punyalah bijak pandai sampai dari RM2 billion Kedah hutang dengan Kerajaan Pusat dari berpuluh tahun, tapi main dengan PAS, dalam masa 5 tahun saja mencanak naik jadi RM3 billion. Kalau bukan MB sendiri pun pi tapi yang bekerja dan sehaluan dengan parti kita buat perangai habis duit rakyat atas nama KERJA tu macam mana pula? Jawab lah?


Lagi fakta untuk kita bercakap bodoh..Sambung baca di bawah:


4) Tangguh tarikh angkat sumpah DUN atas urusan peribadi.


5) Sewa bot eksklusif sedang Azizan pun guna feri biasa.


6) Arahan tukar perabot dan pinggan mangkuk sedang Azizan berjimat.


7) Beri pen mahal untuk lebih 100 orang KCS banding Azizan yang nak elak pembaziran.



Wah! Ni yang sedap CCZ nak jawab nih. Wah wah wah..Kalau sebut ja MB PAS baik Azizan, baik Nik aziz tak pun nanti-nantilah ntah Mat Sabu ka, Mahfuz kah maka kira ni zuhud sangatlah ye. Kira tak melakukan pembaziranlah. Semua nak jaga duit rakyatlah. Kira MB UMNO/ BN ni hebat sangatlah sampai naik bot eksklusif pun jadi bahan cerita. 


Datuk Mukhriz, lepas ni CCZ minta Datuk naik sampan nanti untuk ke Langkawi. Eh..itu nampak canggih jugak. Datuk naik rakit. Hah..tu lagi ok. Taka pa Datuk. Kita ikut cara MB PAS sebab MB PAS kalau nak perintah memang depa suka nak tunjuk kata depa belanja sikit. Depa  kata depa ni berhemah dan tak bazir. Tak apa Datuk. Kita dah tengok betapa zuhud sampai habis kawasan hutan depa tarah. Tak apa Datuk. Sebab Kedah ni kami nak kekal macam Kelantan. Kita tarah hutan lagi Datuk. Penang pun Datuk, kalau kita guna jambatan ke seberang, kita dah nampak atas gunung pun dah depa tarah untuk buat bangunan.


Kita Datuk, dalam nak tadbir, kita betul-betullah ikut cara PAS. Sebab kita mesti ubah tunjuk kita ni tak boros. Kita tinggallah semua teknologi yang ada. Kita mesti kalau boleh guna jangan guna pinggan mangkuk. Kita guna tempurung kelapa. Baru rakyat tengok kita angkat ibu jari.


Bila duit tak ada Datuk, kita tebang balak. Kalau Kerajaan Persekutuan bising, ikita ugut beri kita RM100 juta untuk tampung bayar gaji staf Kerajaan Negeri. Kita guna baliklah cara berhemah danberjimat ala MB PAS dulu-dulu. 


Datuk, jadi MB ni susah Datuk. Datuk kena ikut semua tarikh orang Datuk. Kalau ikut salah satu hujah di atas Datuk, lepas ni Datuk nak pi tandas pun Datuk kena maklumkan pada tuan blog ni. Sebab kalau Datuk bagitahu pada penulis 16 hujah ni, kira seluruh penduduk di kampung Kedah, datuk dah selamat. Bagilah peranan sikit Datuk untuk penulis 16 hujah ni. Kalau pun Datuk tak jadi nak ambil EXCO di kalangan YB Pas, kurang-kurang ambiklah kerja penulis ni. Kesian CCZ tengok. Sebab dah tak ada kerja dah Datuk..


9) Pegawai khas MB pun ada pemandu, Azizan pandu sendiri.


Ini bagi Setpol MB lah jawab. Isu kecil ni tapi Setpol kena jawab nih. Jangan bagi blogger jawab sebab hal ni babit ngan orang rapat MB. Walaupun isu ni kecil Datuk Setpol, kenalah jawab sebab orang kampung nak tahu. Kami blogger tak tahu sampai macam ni sekali keistimewaan pegawai pegawai khas MB. Walaupun kami tahu cara nak jawab. 


Kalau CCZ senang ja. Sepanjang 5 tahun PAS perintah dan lagi sebillion (RM 1,000,000,000) hutang Kerajaan Negeri PAS pada Kerajaan Pusat BN sebelum PRU13. Nak ulang lagi tak?(RM 999,999,999.99 tambah 1 sen lagi ) hutang Kerajaan Negeri naik hanya dalam masa 5 tahun.

Bukan saja kena naik bot eksklusif, pegawai Khas MB kena ada pemandu, malahan semua pekerja Kerajaan Negeri dan semua warga penduduk Kedah tolak bayi dan orang-orang tua yang tak mampu bergerak perlu bergerak pantas. Kalau tidak macam mana kita nak bayar hutang yang Kerajaan Negeri PAS tinggalkan? Kedah bukanlah negeri maju. Negeri pertanian. Tapi bukan kita nak rendahkan pertanian. Tak ada siapa nak rendahkan sektor apa pun tapi walaupun dalam bidang pertanian, kita kena berlari pantas untuk sama-sama mencari kaedah penanaman, R&D, mencari peluang untuk memasarkan hasil pertanian dan sebagainya. Kena berlari bukan nak lenggang kangkung. Biar CCZ saja sudahlah lenggang kangkung. 


Lagi satu kalau semua harap MB patutlah Datuk Azizan sampai jadi sekarang. Nampaknya jelaslah sekarang. Ada pegawai khas, suruh duduk ofis. MB sendiri kena kerja. Wah! Bagus, bagus bagus!


Ok..berikut yang ke sepuluh dan sampai enam belas..


10) Jual kampus KUIN yang tak sipa dan kurangkan dari 47 subjek pengajian.


11) Tangguh Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba


12) 268 kakitangan anak syarikat KUIN yang dah 4 bulan tak bayar gaji..


Sebelum CCZ nak jawab, minta tolong semua cari dulu maklumat jumlah lesen hiburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri PAS dan pungutan hasil hiburan untuk Kedah pada tahun 20009 sampai 2012...

2 perkara utama yang Kerajaan PAS Kedah rancang. KUIN dan Pusat Tahfiz Pulau Toba. Dua ni masih belum berjalan lancar dengan pembinaan bangunan di Kuala Ketil pun diberhentikan sebaik saja BN ambil alih perintah. Tapi pusat hiburan terus bertambah dan memberi hasil kepada Kerajaan Negeri. Bergeliga otak pentadbir dari kalangan PAS. Tengok! Hiburan jug ayang bantu Kedah.

 Kejap ye..CCZ nak ‘publish ni dulu’ lepas ni CCZ sambung. Kejap ye…

p/s : Selain CCZ nak jawab banyak lagi, satu fakta yang betul-betul kita terima, berapa ramai blogger PAS yang betul-betul sokong Azizan? Siapa yang pertahankan Azizan ketika beliau tenat sedangkan blogger PAS hentam beliau bertalu-talu sehingga mendoakan beliau mati cepat? Ish ish ish!!! Buruk benar kelakuan 

Saturday 21 September 2013

Awas! Calon Yang Banyak Bergambar Dengan Datuk Mukhriz...

CCZ menulis..

Assalamua'laikum..Pertamanya CCZ ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Wak Nyior Kering yang sudi memberi ruang yang sedikit pada CCZ tetapi pada CCZ ianya besar sangat. Wak kata dia beri 'permission' pada CCZ seminggu hanya 1 'post' saja. CCZ kenal Wak melalui e-mail jadi CCZ harap Wak dalam keadaan sihat wala'fiat. 

19hb hari Khamis hari tu, CCZ pergi ke Seri Mentaloon. Nak dengar sendiri pengumuman Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding dalam pemilihan UMNO Disember depan. 

Pada CCZ, petang itu sangat mengujakan. Puas. Kerana ucapan Datuk Mukhriz Mahathir yang cukup bernas, tepat, tulus dan menepati kehendak serta harapan CCZ serta ahli UMNO yang di bawah ini. UMNO perlu berubah. 

Isi yang sangat mantap. UMNO perlu berubah dari membela dan memberi peluang kepada calon-calon kotor. Itu memang CCZ berani cakap sebab bukan semua calon UMNO hari ini adalah benar-benar bertanding untuk rakyat. Tapi untuk tembolok masing-masing. 

Ini yang CCZ simpulkan. Pada CCZ, apa yang disampaikan oleh Datuk Muhkriz lebih banyak dan menikam dari CCZ. 

UMNO perlu bersiap sedia dari sekarang untuk PRU14. UMNO perlu mengekalkan pemerintahan kerana UMNO lah kita mampu berdiri pada hari ini. UMNO perlu meletakkan asas perjuangan yang asal kembali ke hadapan. UMNO perlu bersih. UMNO perlu mampu menarik golongan muda negara. Dan banyak lagi pesanan ikhlas dari seorang pemimpin muda negeri Kedah. Bukan ucapan untuk mengangkat diri sendiri. Sangat jauh sekali tetapi ucapan yang sungguh tulus, jujur dan berani. 

CCZ turut sama bangun memberi tepukan dan penghormatan. Turut sama menyanyikan lagu UMNO kerana pada CCZ biarlah UMNO dipandu oleh insan-insan yang sentiasa meletakkan rakyat di hadapan bukannnya wang, pangkat dan apa saja untuk diri mereka terlebih dahulu. 

Ada seorang kawan CCZ membentangkan pertanyaan apakah harapan kaum Wanita pada Datuk Mukhriz Mahathir. Dan bertuahnya kawan itu kerana dia berkata yang CCZ tak boleh nak beri jawapan kerana CCZ kurang arif bab perempuan. 

Ehem...Pada CCZ, CCZ setuju bahawa bidang keusahawanan kecil-kecilan dan sederhana dipegang oleh Wanita. Dan isu kawan CCZ adalah lebih kepada permasalahan atau dilema mana-mana Wanita. Hasil usaha dan wang ringgit kaum Wanita selalunya digenggam oleh kaum Lelaki. 

Itu diluar peranan yang mampu Datuk Mukhriz bawa. Mungkin yang boleh dilihat ialah mengingatkan kembali peranan Wanita itu sendiri. Di mana peranan Wanita di sisi agama. Jangan ditolak ke tepi. Agama bukan isu lapuk. Bukan isu yang ketinggalan zaman. 

Dunia semakin maju dan Wanita menjadi maju akibat peredaran zaman. Tetapi selagi kita tahu di mana letakkannya peranan Wanita pada hari ini tentu saja pada CCZ tiada permintaan dari kaum Wanita kepada mana-mana pemimpin. Selagi hak dan undang-undang negara selari dengan undang-undang agama yang dibawa Rasulullah. 

Sangat subjektif bukan? Itu saja dari CCZ sebagai kaum Wanita. Kalau ditanya. Dan memang tidak membantu mencari jawapan apakah yang kaum Wanita inginkan. Kerana rasanya dah cukup kot walaupun CCZ masih memakai 'tagline' yang sama. Hehehehehe...

Wah!! Puasnya boleh menulis. Wak! Terima kasih banyak-banyak kerana siarkan penulisan lepas perasaan ni. CCZ tumpang nanti ye. CCZ tumpang tulis ja. Tak payah bayar kerana semenjak Sanggul Melayu diwujudkan dan 'terhilang', CCZ tak pernah dibayar apa pun. Ok..Kita jumpa lagi minggu depan. 

Sebelum itu, gambar di bawah adalah jawapan kepada pertanyaan kepada apakah yang Wanita harapkan. Dan CCZ rasa CCZ hampir tepat kali ini mewakili seluruh Wanita Malaysia.

Keselamatan dan perlindungan sebagai Wanita negara ini. Kalau berlakunya rusuhan, demonstrasi, sosial dan ekonomi negara buruk, kaum Wanita adalah selaku pengurus rumahtangga akan turut kacau bilau. 

Keluarga dan masa depan generasi lebih banyak tanggungjawab pada kaum Wanita. Selamat bertanding kepada Datuk Mukhriz Mahathir untuk Naib Presiden UMNO.



1


p/s: Datuk...Cuti bersalin pada kaum Wanita tak payahlah had sampai 5 kali kelahiran ja..Nanti CCZ kumpul apa yang kaum Wanita nak lagi.

 Lupa pulak, Wak Nyior Kering minta CCZ bagitahu, inilah calon yang dia janji nak beritahu pada 19hb. Tangan Wak terseliuh sebab monyet Wak baling buah nyior muda terkena Tuan. Terima kasih Wak sekali lagi.  

Monday 16 September 2013

UMNO Yang Masih Haprak

Kata Tun Mahathir, dalam UMNO ini ada penyakit yang dah lama dan akan terus bertapak iaitu apabila seorang ketua yang bodoh berkuasa dan akan mencari pengganti, dia akan mencari pengganti orang yang bodoh dari dia. 

Janganlah sempitkan fikiran kalau Wak kata ketua saja terus tunding pada Datuk Najib. Kecilkan skop tu sikit. Jangan terus lompat ke besar terus. Datuk Najib pandai buat kerja. Kata orang yang tak buat kerja, ketua-ketua lain lah termasuk Ketua Pemuda yang sedia ada dan Ketua Puteri.

Wak setuju bebenorlah kata Tun. Sebab dalam UMNO ramai betul yang syok sendiri dan rasa UMNO tu kuat padahal kuat tu hanya di kalangan ahli-ahlinya saja.

Yang teruk buat kerja ialah ahli-ahli UMNO yang tak inginkan jawatan tetapi yang ke depan adalah mereka yang rasa diri mereka layak untuk naik ke depan. Itu saja.

Satu mesej masuk .'Ada satu mangkuk hayun punya ketua, nak lantik orang bagi kekalkan kuasa dia, ambik yang memang orang tak mahu tapi dah boleh latu orang tu sampai lupa rumahtangga. Kriteria penting itu sebab bila dah lantik macam tu, ke depan ni peluang dia lagi cerahlah sebab pi lantik orang macam tu.'

Betulkan yang Tun M cakap?

Tengoklah yang bertanding Ketua apa-apa pun. Bukan rakyat yang mahu tapi diri sendiri yang mahu. Tanggungjawab Ketua bukan mudah tapi dok minta mandat dan sebagainya padahal di dahi ter'cop' petualang besar yang merosakkan UMNO.

Pada Wak, Wak cuma nak tekan lampu bagi pandangan. Teruskanlah wahai UMNO. Di kampung Wak, UMNO dah ditolak bulat-bulat sebab cerita di ataslah. 

Adakah UMNO boleh berubah? Jangan haraplah...

Tapi Wak sokong calon yang boleh membawa perubahan pada UMNO. Siapa? Tunggu 19hb ni. 

Wak blah dulu..

Friday 6 September 2013

Dari Berpiket Baik Londeh Seluar Dan Kencing!

Sana sini sepanduk diangkat. Terima kasih BN kerana menaikkan harga minyak. Ianya adalah dari kem pembangkang. Sepanduk-sepanduk yang menyindir yang diangkat oleh beberapa lelaki yang berkopiah dan berkain pelekat. 

Saya membawa kereta ketika itu. Sangat melucukan. Hnaya sekejap cuma kemudian diganti sedikit kebencian dalam hati. Ingin rasa hati memberhentikan kereta dan pergi ke arah kumpulan lelaki-lelaki tersebut.

"Apa yang PAS buat semasa 5 tahun perintah di negeri ini?" itu soalan pertama.

"Tak ada cara lain kah dari cara ini menunjukkan anda semua Melayu yang tidak berakal?"

"Apakah PAS buat yang lebih baik dari ini dalam masa 5 tahun yang lalu? Buktikan?"

Muak dengan gelagat mereka yang tidak pernah berasa malu dengan PAS. PAS tak perlu nak mengatakan merekalah hero dan boleh buat dengan lebih baik dari masa sekarang. Tak payah pergi jauh. Lihat sahaja di negeri Kedah.

Nak cepat dapat hasil, keluarkan lesen hiburan dan tebang balak. Hasil halal dan haram dicampur. Sebab kalau asingkan yang haram lagi tinggi dari halal.

Hmmm..Masih tak tahu malu rupanya...

p/s: Bila berkempen, mencarut sahaja lebih. Bila mengutuk BN, PAS sahaja yang boleh bawa Islam bersama. Tup tup bila tak ada duit, jalan senang kita buat cara lagu ni lagu ni. Hasilnya Kedah penuh dengan pusat-pusat hiburan. Tak cukup dengan pusat hiburan, kalimah Allah tak boleh nak dipertahankan. Sebab takut hilang undi. Ayat ni takkan basi selagi PAS tak sedar diri. 

PM Yang Sedang Dimarahi Dan Dijauhi

Perjalanan politik negara seakan sedikit bengkang bengkok. Laksana kereta yang menyusuri jalan yang basah kala hujan yang lebat. Sana sini kedengaran banyak pihak yang mempersoalkan tindakan Datuk Sri Najib dalam membuat keputusan sejak kebelakangan ini. Kenaikan harga minyak. Terlalu memberi muka kepada bangsa lain selain bangsa-bangsa yang mengekalkan pemerintahan beliau di negara ini dan pelbagai lagi.

Saya lebih cenderung untuk melihat laluan di hadapan kita khususnya Datuk Sri Najib sendiri bahawa tahun-tahun yang mendatang adalah lebih sukar dan menjanjikan lebih banyak cabaran yang cukup berseni.

Keadaan masyarakat kita pada hari ini bukan lagi seperti 50 tahun yang lampau. Juga bukan seperti 30 tahun yang lampau. Masyarakat kita yang berbilang kaum, dan sudah tentu bertukar ganti generasinya semakin berubah dari segi keperluan, pengetahuan, sosial serta ekonominya. 

Malaysia bukan lagi sebuah negara miskin tetapi sedang berkembang pesat dan tahun 2020 adalah tahun di mana Malaysia hari ini cuba untuk membawa rakyatnya ke arah menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun itu. 

Kita masih memegang misi yang sama tetapi lupakah kita bahawa dalam mengejar misi itu, walau sedepa yang kita tinggalkan akan menganggu struktur perancangan. Dan jika kita tinggalkan bermakna kita gagal membentuk satu kejayaan yang kita semua ini setuju untuk mengangkat dan meneruskannya dan jika kita berhadapan dengan kepayahan akibat lari dari perancangan, cabaran di hapadan perlu kita fikir dan berusaha untuk mengatasinya dan bawa kembali kepada perancangan dengan cara yang berbeza tetapi bermatlamat yang sama.

PRU13 telah membentangkan satu cabaran yang bukannya kecil kepada Datuk Sri Najib. Saya rasa bukan hanya beliau seorang tetapi kita sebagai rakyat Malaysia. 

Perpaduan tetap ada tetapi sesuatu yang jelas wujud ialah 2 kaum utama semakin terjarak. Melayu dan Cina. 

Kita mungkin tidak berasa apa-apa tetapi bukan kepada pemerintah. Dalam satu keadaan di mana satu kaum memberikan sokongan yang besar dan padu dan satu kaum lagi menyisihkan sedangkan sejarah negara menunjukkan tanpa ada sokongan satu kaum ini satu ketika dulu, Malaysia sudah tentu bukan dalam tangan BN.

Formula-formula penting harus digarap. Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Selagi nyawa dikandung badan, Islam itu dipertahankan di bumi ini. Kesultanan Melayu juga tetap dijaga kerana ianya lambang bangsa. Dan dalam masa yang sama kaum Cina perlu ditarik kembali sokongan mereka kerana suka atau tidak mereka juga bergelar penduduk Malaysia. Mereka juga adalah rakyat negara ini. Tetapi mereka juga ingin menegakkan apa yang mereka inginkan. 

Ekonomi tidak boleh dijadikan senjata untuk memegang kuasa. Kuasa tidak hadir dengan faktor ekonomi. Bayangkan jika sutu hari Malaysia dilanda gempa bumi. Beratus ribu terkorban. Banyak bangunan musnah binasa. Rakyat berbilang bangsa kehilangan tempat tinggal. Dan adakah duit boleh membeli kerjasama apabila kita kesusahan? Misalnya dalam kejiranan kita semuanya sudah binasa. Kita tiada makanan. Kita tiada perubatan. Dan kala itu kita tawarkan seseorang untuk dapatkan makanan di mulutnya. Dia juga kelaparan. Adakah nilai wang masih berharga?

Yang ada pada waktu itu adalah budi sesama manusia. Berbilang bangsa, berlainan agama. Tetapi kita lupa, kita adalah manusia. Takkan berlaku duit diterima tetapi yang akan berlaku, makanan dikongsi dengan wang itu diletak ke tepi.

Tetapi adakah kita dapat menghayati situasi di atas pada masa ini? Sangat sukar bukan?

Kesedaran bukan mudah untuk dikembangkan. Diputik ia melalui debunga pemikiran. Apa jua yang berlaku, ianya datang dari Allah. 

Kita semakin hilang nilai untuk hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam satu situasi yang berlainan, Melayu yang dikhianati masih berasa. Lukanya dalam kali ini. Lambat nak baik. Apabila yang mengkhianati masih tetap dibela, maka yang dikhianati menjerit membantah. Marah yang hadir ini bukan mudah untuk dihilangkan. 

Perlu ada cara. Jika yang menyisih tidak sedar dan jika yang marah masih ingin marah. Dan dua keadaan inilah yang Datuk Sri Najib fikirkan. 

Kita melihat gunung yang tinggi. Kita berikrar untuk membina bangunan yang gah di situ. Kita berjaya melakarkan jalan, lurah, hutan belantara, sungai dan jarak yang kita perlu tempuhi untuk ke gunung tersebut. Tetapi kita bukan hanya membawa peralatan yang sesuai untuk tanah rata. Kita juga bukan hanya membawa roda. Kita dikurniakan akal. Kita dkurniakan nafas dan tenaga. Kita dikurniakan pedoman dan tunjuk ajar dari Rasulullah. Kita ada panduan iaitu Al-Quran. 

Kita perlu faham keadaan di masa ini. Jika kita turut sama amarah. Tiada yang akan selesai. Jika kita tidak membantu untuk sedarkan mereka. Kita mungkin untung pada hari ini. Tetapi adakah kita perlu dari lari dari masalah ini? 

Nilai bangsa kita takkan jatuh jika kita berusaha. Malah akan lebih dimuliakan. Datuk Sri Najib mungkin tidak mampu untuk laungkan betapa dia memerlukan rakyat untuk faham. Tetapi kita sendiri sangat maklum. Bukan mudah untuk membawa negara di mana 60% ingin bersama dan 40% membawa diri. 

Jangan hilangkan nilai yang semakin hilang.