Tetamu NK

Monday 2 December 2013

Blogger Menghilangkan Diri...Adakah Kerana Pertaruhan?

Wak nak tegur seorang penulis tamu Wak iaitu CCZ yang dulunya ada blog Sanggul Melayu. Wak nak tegur sebab kalau bukan Wak yang padamkan pertaruhan CCZ dengan Kedahtimes, hari Khamis ni Wak takut bergegar Kedah bilamana ada seorang perempuan berlari sekeliling menara Alor Setar dengan memakai seluar dalam besar ataupun mencium mulut buaya. 

Wak awal-awal lagi dah baca email dari CCZ yang dikirimkan kepada Wak untuk Wak letakkan di dalam blog Nyior Kering ni. Dan Wak mula rasa tak sedap hati bilamana melihat keberanian luar biasa yang ditunjukkan oleh Cik CCZ ini.

Walaupun Wak selalu tumpang sekaki menyokong Kedahtimes tapi Wak rasa kali ini mungkin GLC-GLC Kedah akan memperbetulkan apa yang telah ditegur oleh para blogger.

Dan betul telahan Wak bilamana sehingga hari ini tiga GLC telah mengemaskini 'website' masing-masing. Tahniah Wak ucapkan. Wak rasa dengan adanya pengemaskinikan ini bermakna masih ada pihak yang mengambil berat apa yang diperkatakan rakyat di medan cyber. 

Tetapi sekarang Wak cuba hubungi CCZ tetapi tak dapat. Agak-agaknya dia dah lari. Melepas lagi!