Tetamu NK

Wednesday 14 May 2014

Ahmad Said - Ghairah PAS Pancit Terus

Mana-mana parti ada cerita dan gelagat para pemimpinnya. Banyak orang banyak kerenah dan banyak ragam. Ada yang baik, yang nakal, yang kaki kencing dan ada juga yang ikhlas lagi manis.

Nyior Kering turut mengikuti adegan 'bini nakal merajuk' iaitu DS Ahmad Said. Kecoh apabila meletakkan jawatan serta merta dan sekaligus bertebaranlah di dalam whasup segala surat-surat perletakan jawatan dan pengisytiharan keluar parti. 

Kemudian 'bini-bini lain' yang punyai kesamaan kenakalan melakukan perkara yang sama. Atmosfera politik terutamanya pembangkang seperti diresapi angau asmaradana filem Hindi. Terangkat punggung. Masakan tidak! Kemelut dalam UMNO, tanpa angin ribut tiba-tiba PR bakal akan dapat satu negeri. 

Seketika Nyior Kering (payah nak gelar diri Nyior Kering, panggil ja saya NK) berkerut-kerut dahi. Melayan berita-berita 'whatsup' seperti tiada nafsu. Untuk sama melompat risau?

Naa.....UMNO juga punyai ramai ahli politiknya yang nakal. NK berjalan-jalan bersama rakan menyelusuri perkampungan yang merakam tinggalan sejarah tamadun Melayu yang berusia ribuan tahun sebelum masehi.

Sambil berfikir kemelut di Terengganu sebuah drama yang menarik tetapi malas nak diulang tonton.

Yang lebih mengghairahkan melihat tanah-tanah yang berisi bijih besi yang diangkut keluar oleh bangsa lain yang mempunyai hak berbanding bangsa sendiri. Tanah dikorek dan ditambun semula. Beberapa perkampungan lecak akibat aktiviti ini. 

Tidak bersalahan kerana mereka punyai hak ke atas tanah itu tetapi yang sayangnya tamadun bangsaku sudahlah masih tertanam maka akan lebih ke dalam ditanam.

Kala ini keluar berita-berita yang NK fikir berlaku dan iannya nyata. 

Bini merajuk kembali ke pangkuan suami. 

'RM0.00 BERES-DS Ahmad Said dan 2 ADUN Ajil Gjazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud) akan kembali pada UMNO, kata MB Ahmad Razif di JPM - Agendanews'

Nakal. Pada NK okeylah juga tindakan Ahmad Said. Semoga keadaan di Terengganu aman makmur seperti di Kedah.

Kasihan PR. Ghairah mereka seperti guruh yang berdentum tetapi hujan tak turun...Hihihihihi...


Habis Baca Ini tajuk Ini Adalah Sejarah...Sama Macam Mat Said

Pada saya yang serba jahil ini, saya cuba memberi pandangan saya melalui pemahaman saya. Dan saya berpendapat bahawa pandangan saya ini mungkin tidak berkesalahan kerana ianya tidak dilihat tidak baik. Malah mungkin ianya satu pandangan umum dan salah satu kebaikan yang saya dapat. 
Tentang apa? Sabar...

Tentang masa hadapan dan sejarah di dalam Al-Quran.

Allah meletakkan Hari Akhirat sebagai satu tahap untuk kita jalani kehidupan di masa hadapan. Pilih untuk Hari Akhirat bermakna kita sentiasa akan melakukan perkara-perkara yang baik dan yang telah diajar oleh Allah dan Rasul. Masa hadapan dititikberatkan dengan kita melihat kejadian alam. Langit, gunung, hidupan sekeliling yang memerlukan kita sentiasa perlu berfikir bagaimana dan apakah manfaatnya. Kita perlu berusaha untuk mendalami ilmu untuk lebih tahu tentang hikmah dan nikmat ciptaan Ilahi.

Saya tertarik tentang masa hadapan dan sejarah. Penulisan kali ini adalah tentang sejarah dengan tidak merendahkan dan mengenepikan masa hadapan.

Di dalam Al-Quran, banyak sekali ayat-ayat yang mensyorkan kita melihat tentang apakah yang berlaku pada umat-umat manusia terdahulu. Hikmahnya bila kita berjalan dan berfikir tentang bagaimanakah sesuatu kaum yang hebat dan gah boleh hancur musnah dengan sekelip mata atau dengan pelbagai lagi azab dari Allah untuk kaum-kaum hebat ini. 

Secara tersiratnya, Allah menyuruh kita merenung dan mengambil iktibar tentang sesuatu yang telah berlaku. Tidak kira lama atau masih baru. Itulah sejarah. Al-Quran. Kehebatan dan kebenaran kitab ini tidak boleh diperbandingkan dengan mana-mana persuratan dan kata-kata makhluk. Titik.

Kenapa Sejarah?

Pada masa ini, Sejarah sangat teruk di kalangan Melayu. Bukan kerana kita tidak lulus dalam subjek ini tetapi kita gagal melihat tentang kepentingan sejarah. 

Bukti? Generasi muda hari ini sudah tidak berminat lagi pada sejarah. Pada masa ini, sesiapa yang bercakap tentang sejarah adalah 'loser'. Sesiapa yang bercakap tentang kelmarin adalah orang-orang yang ketinggalan. 

Hari ini, gajet-gajet terkini adalah makanan dan minuman yang tidak perlu dirasa melalui lidah. Tidak perlu dikunyah. Hari ini perisian di dalam gajet adalah pengendali akal muda mudi.

Cuba kita tanya pada generasi muda. Apakah erti kemerdekaan? Apakah erti Melayu. Melayu itu siapa? Cina itu siapa? India itu siapa? Tiada jawapan. 

Tiada. 

Jadi apakah peri pentingnya penulisan Nyior Kering hari ini? 

Kita perlu melihat siapa diri kita melalui Sejarah. Jika kita tidak tahu siapa kita dan tujuan kita bermakna kita akan hanyut. 

Sejarah...Selepas ini, Nyior Kering akan berbicara banyak tentang sejarah. Jadi jangan bosan ya. 

p/s : Kelmarin adalah sejarah dan sejarah itu sangat kotor dan perit untuk difikirkan tetapi tidak boleh dihapuskan. Kelmarin berlaku satu peristiwa sejarah di mana berkecainya semangat Melayu di atas kealpaan mengambil berat tentang sejarah Melayu dari segi perangai dan adabnya. Sejarah itu sangat pahit. Hari ini Nyior Kering adalah Nyior yang pernah hijau. Cantik dan damai dipandang tetapi hari ini Nyior Kering berkerepot dan sangat huduh. Orang boleh punggai saja. Tapi jangan punggai. Ambil buat demah. InsyaAllah keluar kentut dari badan. Sihat. Kih kih kih..Daaa..

Bila Mengeliat Keluar Bunyi Apa?

Bismillah...

Assalammua'laikum.

Hampir 3 bulan blog ini bersawang tanpa sebarang tinta yang ditulis. Hari ini seakan tergerak hati dan keinginan untuk mencoretkan sepatah dua yang mungkin menjadi loceng untuk saya kembali menemui pembaca.

Permulaan tahun 2014..sehingga kini terlalu banyak cerita yang berlaku seakan bertahun lamanya. Jangka 3 bulan yang merubah pandangan dan pemikiran. Hebatnya kehidupan. Syukur juga kepada Allah SWT di atas kurnia nafas sehingga masih mampu bertahan.

Politik di Kedah? Sejujurnya semakin ramai yang menunggu sentuhan ajaib dari Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Rakyat melihat dan menilai. Walaupun lega dengan adanya MB ini  namun suara-suara nakal bercampur resah yang tentunya terbit dari yang atas sikit dari marhain. Golongan pertengahan yang juga pelaksana. 

Kedengaran kini kesukaran untuk bertemu dengan pemimpin negeri ini. Ada juga yang mula menyampah dengan kerenah orang-orang yang rapat dengannya. Yang kebiasannya didengar..'Mukhriz ok cuma orang-orang disekililingnya. Mereka bertindak sehingga menyukarkan suara rakyat sampai kepada MB.'

Ini bukan omongan. Saya menulis menyampaikan. Terpulang. 

Politik dalam dan luar negeri Kedah? Masih sama. UMNO masih mencari rentak. Kaum Cina masih lagi terbelenggu dengan Red Bean Army. 

Tapi BN seakan selepas merdeka. Masih bertahan dalam memberi khidmat. 

Cuma sesuatu yang ingin dikongsikan. Tentang perubahan. Perubahan dalam apa juga yang kita fikirkan, lalui dan bertindak. 

Menjadi seorang penulis tidak kira di lapangan mana pun samada melalui buku, majalah dan juga sebagainya kita tidak boleh lari dari meluahkan melalui pengalaman dan rasa hati. 

Kita berpandangan, mengeluarkan pendapat dan apa yang kita lakukan dan akan lakukan jika kita adalah kita dan jika kita adalah bukan kita. 

Sangat sedikit kita menemui kelemahan atau kegagalan penulis yang berbicara melalui pandangan. Tetapi sangat luas kerosakan jika kita menemui kebenaran keperibadian seorang penulis berbanding penulisannya. 

Samaada kita jujur atau tidak? Itu bergantung kepada niat. Dan kelicikan kita bermain kata-kata. 

Ada masa kita berjaya menulis sejujurnya tetapi adakalanya kita sering tewas dengan apa yang telah kita tulis.

Bicara seorang penulis sudah tidak benar jika kita sendiri mengkhianati penulisan kita.

Salam permulaan dari Nyior Kering yang cukup kering dan keras untuk dibuat demah..kau ada?