Tetamu NK

Tuesday 23 April 2013

Pertandingan Siapa Cepat Tanggal Seluar Dalam

1 Undi PAS adalah bersamaan 1 Undi DAP. Dan banyak kain-kain pemidang MCA juga berlagu yang sama iaitu 1 Undi DAP adalah untuk 1 Undi PAS. Ironinya kalau sesiapa yang memangkah PAS bermakna dia telah memangkah DAP yang begitu rasis dan menolak untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan Hudud manakala jika memangkah DAP bermakna kaum-kaum yang bukan Melayu bersetuju untuk membantu PAS menjadikan negara ini negara Islam dan melaksanakan hudud.

Tetapi realitinya ialah PAS sudah menunjukkan dan bersedia untuk tolak dasarnya utamanya iaitu fleksibel dan perlaksanaan segala dasar yang diperjuangkan mengikut tulunjuk dan kemahuan parti yang lebih kuat. 

Bermakna marilah undi PAS pada masa ini kerana PAS takkan buat mengikut apa yang dicanangkan. Negara Islam? Jangan risau. Hanya nama ja. Hudud..Shyyyy! Tak payah sebut. Kami tahu bagaimana nak diamkan ahli kami.

Yang rugi dalam semua perkara adalah orang Melayu. PAS menunjukkan Melayu itu bisa saja dicucuk hidung dan mengikut apa sahaja kehendak orang lain hanya kerana takut sokongan lari. 

Hari ini PAS sudah berjaya melaksanakan tugas penting yang diamanahkan oleh DAP dan PKR yang mungkin secara tersirat dan tidak berbunyi tetapi faham. Kurangkan ekstrem dalam perkaitan yang berkait sosial dan ugama. Kalau boleh perkataan Islam jangan ditekan sangat kerana ianya akan menjauhkan ahli-ahli PR yang bukan beragama Islam. 

Kami main isu Kalimah Allah, jangan bagi apa-apa pandangan. Biar senyap kerana yang penting tarik orang terutamanya bukan Islam untuk lihat PAS boleh berkompromi. 

Jadi apa lagi yang tinggal? PAS hari ini lebih hina dari penghinaan mereka terhadap UMNO satu ketika dulu. Perumpamaan, jika baju itu terlekat di pakaian maka bukan hanya baju tetapi spenda kecil turut diberi bagi menunjukkan kesepakatan. Orang lain pakai kemas dan berkot, berkemilauan tetapi PAS tak apa..Tak ada baju pun tak apa sebab baju bukan tentu penentu nak masuk syurga. Janji pangkah PAS! Masuklah syurga!

p/s: Syurga dunia adalah neraka akhirat dan neraka dunia adalah syurga akhirat..

No comments:

Post a Comment