Tetamu NK

Wednesday 14 May 2014

Habis Baca Ini tajuk Ini Adalah Sejarah...Sama Macam Mat Said

Pada saya yang serba jahil ini, saya cuba memberi pandangan saya melalui pemahaman saya. Dan saya berpendapat bahawa pandangan saya ini mungkin tidak berkesalahan kerana ianya tidak dilihat tidak baik. Malah mungkin ianya satu pandangan umum dan salah satu kebaikan yang saya dapat. 
Tentang apa? Sabar...

Tentang masa hadapan dan sejarah di dalam Al-Quran.

Allah meletakkan Hari Akhirat sebagai satu tahap untuk kita jalani kehidupan di masa hadapan. Pilih untuk Hari Akhirat bermakna kita sentiasa akan melakukan perkara-perkara yang baik dan yang telah diajar oleh Allah dan Rasul. Masa hadapan dititikberatkan dengan kita melihat kejadian alam. Langit, gunung, hidupan sekeliling yang memerlukan kita sentiasa perlu berfikir bagaimana dan apakah manfaatnya. Kita perlu berusaha untuk mendalami ilmu untuk lebih tahu tentang hikmah dan nikmat ciptaan Ilahi.

Saya tertarik tentang masa hadapan dan sejarah. Penulisan kali ini adalah tentang sejarah dengan tidak merendahkan dan mengenepikan masa hadapan.

Di dalam Al-Quran, banyak sekali ayat-ayat yang mensyorkan kita melihat tentang apakah yang berlaku pada umat-umat manusia terdahulu. Hikmahnya bila kita berjalan dan berfikir tentang bagaimanakah sesuatu kaum yang hebat dan gah boleh hancur musnah dengan sekelip mata atau dengan pelbagai lagi azab dari Allah untuk kaum-kaum hebat ini. 

Secara tersiratnya, Allah menyuruh kita merenung dan mengambil iktibar tentang sesuatu yang telah berlaku. Tidak kira lama atau masih baru. Itulah sejarah. Al-Quran. Kehebatan dan kebenaran kitab ini tidak boleh diperbandingkan dengan mana-mana persuratan dan kata-kata makhluk. Titik.

Kenapa Sejarah?

Pada masa ini, Sejarah sangat teruk di kalangan Melayu. Bukan kerana kita tidak lulus dalam subjek ini tetapi kita gagal melihat tentang kepentingan sejarah. 

Bukti? Generasi muda hari ini sudah tidak berminat lagi pada sejarah. Pada masa ini, sesiapa yang bercakap tentang sejarah adalah 'loser'. Sesiapa yang bercakap tentang kelmarin adalah orang-orang yang ketinggalan. 

Hari ini, gajet-gajet terkini adalah makanan dan minuman yang tidak perlu dirasa melalui lidah. Tidak perlu dikunyah. Hari ini perisian di dalam gajet adalah pengendali akal muda mudi.

Cuba kita tanya pada generasi muda. Apakah erti kemerdekaan? Apakah erti Melayu. Melayu itu siapa? Cina itu siapa? India itu siapa? Tiada jawapan. 

Tiada. 

Jadi apakah peri pentingnya penulisan Nyior Kering hari ini? 

Kita perlu melihat siapa diri kita melalui Sejarah. Jika kita tidak tahu siapa kita dan tujuan kita bermakna kita akan hanyut. 

Sejarah...Selepas ini, Nyior Kering akan berbicara banyak tentang sejarah. Jadi jangan bosan ya. 

p/s : Kelmarin adalah sejarah dan sejarah itu sangat kotor dan perit untuk difikirkan tetapi tidak boleh dihapuskan. Kelmarin berlaku satu peristiwa sejarah di mana berkecainya semangat Melayu di atas kealpaan mengambil berat tentang sejarah Melayu dari segi perangai dan adabnya. Sejarah itu sangat pahit. Hari ini Nyior Kering adalah Nyior yang pernah hijau. Cantik dan damai dipandang tetapi hari ini Nyior Kering berkerepot dan sangat huduh. Orang boleh punggai saja. Tapi jangan punggai. Ambil buat demah. InsyaAllah keluar kentut dari badan. Sihat. Kih kih kih..Daaa..

No comments:

Post a Comment