Tetamu NK

Wednesday, 22 May 2013

Anwar Terus Kempunan Telur Tembakul..

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut,  yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan  haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada  negeri  Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti  rakyat sekarang ialah  untuk memenuhi  segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .  

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.  Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.  

Saya  cabar pakatan untuk  melepaskan  tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya  masih  tidak boleh menerima  keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan  isu undi popular. Tidak  wajar untuk  mereka memaksa  Kerajaan Barisan Nasional  berundur   sedangkan mereka  sendiri  tidak  mahu berundur  di Negeri-negeri yang dimenangi. 

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar  segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya  negeri  Kedah yang aman damai.


No comments:

Post a Comment