Tetamu NK

Saturday, 22 June 2013

EXCO Kedah Kena Baling Buah Nyoir?

Salam....tudiaaaa...lama benar Wak tak menulis. Wak ni menulis, jiran tetangaa sorang dua dok ikut baca jugak. Bila dah lama tak mejengah nyior kering ni, jiran-jiran pakat dok ketuk pintu habis. Depa tanya Wak buat apa sampai tak mengemaskini blog Wak. Tapi Wak ada 'reason'..chewahh..Sesekali omputih lah jugak. 'Reason' Wak ialah Wak nak berhenti sembang pasal politik dan Wak nak tumpu kerja Wak iaitu kait buah nyior..

Yelah..bulan Ramadhan dah nak datang ni. Jadi persiapan menyambut Ramadhan lebih Wak utamakan. Tetapi oleh kerana jiran tetangga dah datang goncang pintu rumah Wak yang masih berpintukan daun-daun nyior yang dianyam cantik dan kemas ni, maka Wak penuhi permintaan mereka.

Tapi Wak nak mula dulu dengan perasaan hati Wak selaku yang bekas VIP yang bergelar mini YB. Tadi Wak jalan-jalan pi kenduri yang dihadiri oleh para YB. Wak ni yang pernah menyandang pelbagai gelaran ketua baik Ketua Cawangan, Ketua Suku Bahagian, Ketua Penasihat dan ketua-ketua lagilah berdiri agak jauh dari para YB. 

Wak tahu ramai yang kenal Wak tetapi Wak yakin 100% yang Wak tak kenal ramai yang kenal Wak. Sebab Wak dulu rabun dan selalu berkaca mata hitam. Wak jalan pakai tingkat dan Wak dulu selalu jalan tak betul sebab elak lubang dalam dan cangkat. Tetapi dengan kuasa Allah, Wak jatuh lubang sebab tak tanggal cermin mata dan tongkat Wak patah. 

Kesannya Wak tak boleh berjalan dan Wak dengan rela hati lepaskan semua jawatan-jawatan Ketua Wak. Memandangkan Wak rabun jadi siang tadi Wak langsung tak kenal orang. Yang Wak kenal ialah para YB sekarang yang Wak bagi undi sebab Wak sayangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam celah Wak tak kenal orang, seorang VIP yang Wak rasa-rasa macam pernah kenal angkat tangan dan gamit Wak ke kawasan para VIP. Wak senyum sambil angkat tangan.

Wak beri isyarat yang Wak tak dapat ke situ kerana Wak datang dengan bawa nyior-nyior untuk Wak bawa balik ke rumah. Wak datang sama seperti rakyat biasa dan Wak dah tinggalkan semua kenangan serta segala yang pernah Wak sandang. 

Wak tahu ramai benar yang kenal Wak tetapi seperti yang Wak katakan, Wak tak kenal ramai orang yang kenal Wak. Mungkin kesan fizikal sebab Wak jatuh. Sakit nak pulih ambil masa yang snagat lama. 

Wak lupa pulak nak 'straight to the point'. Wak cuma nak cakap janganlah dibimbangkan kehadiran Wak yang datang dengan memegang buah-buah nyior sebab Wak bukan nak 'hawing' buah nyior ke kepala para YB. Mana Wak mau buat macam tu. Tapi Wak tak teragak nak hawing buah nyior kalau ada para YB yang macam sesetengah blog kawan Wak yang bagi warning kepada para EXCO yang lupa daratan serta lautan. 

Wak dengar banyak yang pelik-pelik terutama Exco perempuan. Buatlah kerja dengan lebih sensitif tentang agama, bangsa dan negara. Jangan buat kerja untuk raih untung yang memang lumayan tetapi masa 5 tahun ni kalau silap buat kerja bukan tanah para Yb yang tergadai malah tanah air kita juga. 

Wak cuma nasihat. Wak juga nak bagitahu yang Wak suka lagi mengira buah-buah nyior Wak dari Wak kira habuan serta jawatan yang pernah Wak pegang. Zaman tu dah berlalu. Wak lebih senang untuk faham erti menjaga agama, bangsa dan negara walaupun tugas Wak hanya kait buah nyior. 

Pohon kelapa itu banyak fungsinya. Kurang-kurang bila Wak jumpa sebatang pokok nyior, Wak lebih bermuhasabah sebab pokok nyior lebih berjasa kepada manusia dari diri kita. 

Oklah..Wak harap jiran tetangga Wak puas hati walau hujung kuku dengan penulisan Wak. Kalau tak puas hati nanti Wak tulis panjang-panjang sampai kalian berat hati nak baca sebab terlampau banyak berkias-kiasan. 

Wak nak pi kukuq nyior sekejap. Jangan goncang lagi pintu ruamh Wak. Reban rumah Wak, Wak nak tidur mana? Sekarang zaman IT..Tak payah ketuk pintu rumah Wak..Cuma Whazup Wak. Ok? Oklah...Daaa..

No comments:

Post a Comment