CCZ menulis..
Rata-rata heboh tentang 16 fakta
beza dua Menteri Besar Kedah yang disiarkan melalui Harakahdaily. Letaknya
dalam slot Pilihan Terbaik dari Blog. Hehehe..CCZ nak tanyalah juga, dalam
banyak-banyak blog malah boleh dikatakan dalam PAS saja lebih 10,000 blog yang
ada, takkan ini saja yang mampu ‘admin’ Harakhadaily pilih sebagai yang
terbaik?
Tapi bila CCZ fikir balik, nama
pun dari PAS. Jadi tak hairanlah fakta-fakta yang standard kedai kopi di
mana-mana pak-pak tua sedang berbincang masalah negara dari sesudah subuh
sampailah ke waktu tengahari. Pukul 11 pun situ lagi. Bini kat rumah bersilat
satu rumah, yang suami pula bincang isu di kedai kopi. Syok sendiri. Kalau
kerja sendiri masih ok lah, tup yang bersembang pencen dengan Kerajaan. Lagi
tinggi ilmu depa. 29 hari kutuk Kerajaan, satu hari, pagi saja pi cucuk duit
kat ATM mesin ambik pencen kemudain sambung balik kutuk itu ini. Kalau suruh
bersyukur, depa kata bersyukur dengan Allah sudah. Buat apa nak berterima kasih
dengan Kerajaan? Hah! Jawablah orang UMNO? Ini ayat Pas ni? Ayat orang-orang
yang katanya meninggikan Islam.
CCZ sebenarnya dah senaraikan 16 jawapan
mengikut 16 fakta. Sebab fakta ni pun kira fakta yang diagung-agungkan
penulisnya sebagai yang hangat
diperkatakan sedangkan bagi CCZ, yang hangat diperkatakan hanya mungkin
orang-orang yang dah tak ada kerja sangat dah. Tak pun yang akalnya ‘below
than’ budak tadika. Semuanya melambangkan Melayu selalu berfikir bodoh! Tapi
disebabkan isu ni, CCZ pun relalah digelar orang bodoh untuk menjawab balik.
Sebab sekarang dah tak ada sekolah untuk orang-orang dewasa yang masih lagi tak
reti nak fikir.
Untuk isu,
1) Dalam masa 14 hari jadi MB, Mukhriz bawa
anak bini ke London di mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah,
sedang Azizan selepas 3 tahun.
2) Beli kain RM15,000.
3) Belanja sejumlah RM200,000
untuk pembaikan rumah orang tuanya.
CCZ nak kata ginilah…Itu MB
sendiri. Yang dipilih rakyat untuk
tadbir negeri. MB dan keluarga. Kalau kita ni bekerja dengan Kerajaan Negeri ka
atau Kerajaan Persekutuan ka, ada peraturan, ada undang-undang dalam
menggunakan duit Kerajaan ni. Lagipun tiket penerbangan tu tulis secara umum
pulak tu. Tiket penerbangan. Untuk siapa? Untuk MB sajaka atau untuk
keluarganya juga? Cara tulis ayat pun
dah nampak sangat. Hanya nak wujudkan cakap-cakap bodoh untuk mengisi permainan
minda orang-orang yang hanya baca Harakah saja. Lagi satu, kita yakin sangatkah
Mukhriz pi bercuti saja? Kalau dia pi
cari pelaburan secara tak ‘official’ tapi mampu beri impak yang besar kepada
negeri, CCZ nak tanya, dosa fitnah tak berakal ni sapa nak tanggung? Nampak je
ringan tapi kalau hanya beberapa ayat di atas kita tulis dengan tujuan nak
burukkan pemimpin dan hasilnya ramai lagi yang terikut, CCZ takut kita semua
jenuh nak jumpa Mukhriz dan minta maaf. Lagi satu air muka kita nak letak mana?
Dulu Tun sikit punya kita kutuk tapi dalam celah kutuk tu pun, kita suruh anak-anak
kita cari kerja dengan Kerajaan sebab mudah hidup. Air muka ooi….air muka.
Kalau setakat pandai cakap tapi masih sikit-sikit Kerajan sikit Kerajaan baik
ambik tahi telan!
Tapi waktu Azizan, di KHTP saja
misalnya, sila rujuklah blog Kedahtimes ka, blog berkaitan KHTP ka yang mana
timbul isu CEO pi cari pelaburan luar negara sampai berjuta-juta tapi habuk pun
tak ada. Bukan tu saja malah ada blog yang tulis siap beli seluar dalam lagi
sebagai hadiah kepada staf-staf perempuan di situ. Kenapa tak tulis dan jawab
balik apa yang diperkatakan dari blog UMNO? Itu baru CEO dari satu GLC bawah
Datuk Azizan. Belum lagi kita kira berpuluh lagi CEO dan sebagainya yang guna
duit rakyat atas alasan yang sama tapi punyalah bijak pandai sampai dari RM2
billion Kedah hutang dengan Kerajaan Pusat dari berpuluh tahun, tapi main
dengan PAS, dalam masa 5 tahun saja mencanak naik jadi RM3 billion. Kalau bukan
MB sendiri pun pi tapi yang bekerja dan sehaluan dengan parti kita buat
perangai habis duit rakyat atas nama KERJA
tu macam mana pula? Jawab lah?
Lagi fakta untuk kita bercakap
bodoh..Sambung baca di bawah:
4) Tangguh tarikh angkat sumpah
DUN atas urusan peribadi.
5) Sewa bot eksklusif sedang
Azizan pun guna feri biasa.
6) Arahan tukar perabot dan
pinggan mangkuk sedang Azizan berjimat.
7) Beri pen mahal untuk lebih 100
orang KCS banding Azizan yang nak elak pembaziran.
Wah! Ni yang sedap CCZ nak jawab
nih. Wah wah wah..Kalau sebut ja MB PAS baik Azizan, baik Nik aziz tak pun
nanti-nantilah ntah Mat Sabu ka, Mahfuz kah maka kira ni zuhud sangatlah ye.
Kira tak melakukan pembaziranlah. Semua nak jaga duit rakyatlah. Kira MB UMNO/
BN ni hebat sangatlah sampai naik bot eksklusif pun jadi bahan cerita.
Datuk Mukhriz, lepas ni CCZ minta
Datuk naik sampan nanti untuk ke Langkawi. Eh..itu nampak canggih jugak. Datuk
naik rakit. Hah..tu lagi ok. Taka pa Datuk. Kita ikut cara MB PAS sebab MB PAS
kalau nak perintah memang depa suka nak tunjuk kata depa belanja sikit.
Depa kata depa ni berhemah dan tak
bazir. Tak apa Datuk. Kita dah tengok betapa zuhud sampai habis kawasan hutan
depa tarah. Tak apa Datuk. Sebab Kedah ni kami nak kekal macam Kelantan. Kita
tarah hutan lagi Datuk. Penang pun Datuk, kalau kita guna jambatan ke seberang,
kita dah nampak atas gunung pun dah depa tarah untuk buat bangunan.
Kita Datuk, dalam nak tadbir,
kita betul-betullah ikut cara PAS. Sebab kita mesti ubah tunjuk kita ni tak
boros. Kita tinggallah semua teknologi yang ada. Kita mesti kalau boleh guna
jangan guna pinggan mangkuk. Kita guna tempurung kelapa. Baru rakyat tengok
kita angkat ibu jari.
Bila duit tak ada Datuk, kita
tebang balak. Kalau Kerajaan Persekutuan bising, ikita ugut beri kita RM100
juta untuk tampung bayar gaji staf Kerajaan Negeri. Kita guna baliklah cara
berhemah danberjimat ala MB PAS dulu-dulu.
Datuk, jadi MB ni susah Datuk.
Datuk kena ikut semua tarikh orang Datuk. Kalau ikut salah satu hujah di atas
Datuk, lepas ni Datuk nak pi tandas pun Datuk kena maklumkan pada tuan blog ni.
Sebab kalau Datuk bagitahu pada penulis 16 hujah ni, kira seluruh penduduk di
kampung Kedah, datuk dah selamat. Bagilah peranan sikit Datuk untuk penulis 16
hujah ni. Kalau pun Datuk tak jadi nak ambil EXCO di kalangan YB Pas,
kurang-kurang ambiklah kerja penulis ni. Kesian CCZ tengok. Sebab dah tak ada
kerja dah Datuk..
9) Pegawai khas MB pun ada
pemandu, Azizan pandu sendiri.
Ini bagi Setpol MB lah jawab. Isu
kecil ni tapi Setpol kena jawab nih. Jangan bagi blogger jawab sebab hal ni
babit ngan orang rapat MB. Walaupun isu ni kecil Datuk Setpol, kenalah jawab sebab
orang kampung nak tahu. Kami blogger tak tahu sampai macam ni sekali
keistimewaan pegawai pegawai khas MB. Walaupun kami tahu cara nak jawab.
Kalau CCZ senang ja. Sepanjang 5
tahun PAS perintah dan lagi sebillion (RM
1,000,000,000) hutang Kerajaan Negeri PAS pada Kerajaan Pusat BN sebelum
PRU13. Nak ulang lagi tak?(RM
999,999,999.99 tambah 1 sen lagi ) hutang Kerajaan Negeri naik hanya dalam
masa 5 tahun.
Bukan saja kena naik bot
eksklusif, pegawai Khas MB kena ada pemandu, malahan semua pekerja Kerajaan
Negeri dan semua warga penduduk Kedah tolak bayi dan orang-orang tua yang tak
mampu bergerak perlu bergerak pantas. Kalau tidak macam mana kita nak bayar
hutang yang Kerajaan Negeri PAS tinggalkan? Kedah bukanlah negeri maju. Negeri
pertanian. Tapi bukan kita nak rendahkan pertanian. Tak ada siapa nak rendahkan
sektor apa pun tapi walaupun dalam bidang pertanian, kita kena berlari pantas
untuk sama-sama mencari kaedah penanaman, R&D, mencari peluang untuk
memasarkan hasil pertanian dan sebagainya. Kena berlari bukan nak lenggang
kangkung. Biar CCZ saja sudahlah lenggang kangkung.
Lagi satu kalau semua harap MB
patutlah Datuk Azizan sampai jadi sekarang. Nampaknya jelaslah sekarang. Ada
pegawai khas, suruh duduk ofis. MB sendiri kena kerja. Wah! Bagus, bagus bagus!
Ok..berikut yang ke sepuluh dan
sampai enam belas..
10) Jual kampus KUIN yang tak
sipa dan kurangkan dari 47 subjek pengajian.
11) Tangguh Pusat Tahfiz Sains
Pulau Tuba
12) 268 kakitangan anak syarikat
KUIN yang dah 4 bulan tak bayar gaji..
Sebelum CCZ nak jawab, minta tolong semua cari dulu maklumat jumlah lesen hiburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri PAS dan pungutan hasil hiburan untuk Kedah pada tahun 20009 sampai 2012...
2 perkara utama yang Kerajaan PAS Kedah rancang. KUIN dan Pusat Tahfiz Pulau Toba. Dua ni masih belum berjalan lancar dengan pembinaan bangunan di Kuala Ketil pun diberhentikan sebaik saja BN ambil alih perintah. Tapi pusat hiburan terus bertambah dan memberi hasil kepada Kerajaan Negeri. Bergeliga otak pentadbir dari kalangan PAS. Tengok! Hiburan jug ayang bantu Kedah.
Kejap ye..CCZ nak ‘publish ni
dulu’ lepas ni CCZ sambung. Kejap ye…
p/s : Selain CCZ nak jawab banyak lagi, satu fakta yang betul-betul kita terima, berapa ramai blogger PAS yang betul-betul sokong Azizan? Siapa yang pertahankan Azizan ketika beliau tenat sedangkan blogger PAS hentam beliau bertalu-talu sehingga mendoakan beliau mati cepat? Ish ish ish!!! Buruk benar kelakuan
No comments:
Post a Comment