CCZ menulis..
Assalamua'laikum..Pertamanya CCZ ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Wak Nyior Kering yang sudi memberi ruang yang sedikit pada CCZ tetapi pada CCZ ianya besar sangat. Wak kata dia beri 'permission' pada CCZ seminggu hanya 1 'post' saja. CCZ kenal Wak melalui e-mail jadi CCZ harap Wak dalam keadaan sihat wala'fiat.
19hb hari Khamis hari tu, CCZ pergi ke Seri Mentaloon. Nak dengar sendiri pengumuman Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding dalam pemilihan UMNO Disember depan.
Pada CCZ, petang itu sangat mengujakan. Puas. Kerana ucapan Datuk Mukhriz Mahathir yang cukup bernas, tepat, tulus dan menepati kehendak serta harapan CCZ serta ahli UMNO yang di bawah ini. UMNO perlu berubah.
Isi yang sangat mantap. UMNO perlu berubah dari membela dan memberi peluang kepada calon-calon kotor. Itu memang CCZ berani cakap sebab bukan semua calon UMNO hari ini adalah benar-benar bertanding untuk rakyat. Tapi untuk tembolok masing-masing.
Ini yang CCZ simpulkan. Pada CCZ, apa yang disampaikan oleh Datuk Muhkriz lebih banyak dan menikam dari CCZ.
UMNO perlu bersiap sedia dari sekarang untuk PRU14. UMNO perlu mengekalkan pemerintahan kerana UMNO lah kita mampu berdiri pada hari ini. UMNO perlu meletakkan asas perjuangan yang asal kembali ke hadapan. UMNO perlu bersih. UMNO perlu mampu menarik golongan muda negara. Dan banyak lagi pesanan ikhlas dari seorang pemimpin muda negeri Kedah. Bukan ucapan untuk mengangkat diri sendiri. Sangat jauh sekali tetapi ucapan yang sungguh tulus, jujur dan berani.
CCZ turut sama bangun memberi tepukan dan penghormatan. Turut sama menyanyikan lagu UMNO kerana pada CCZ biarlah UMNO dipandu oleh insan-insan yang sentiasa meletakkan rakyat di hadapan bukannnya wang, pangkat dan apa saja untuk diri mereka terlebih dahulu.
Ada seorang kawan CCZ membentangkan pertanyaan apakah harapan kaum Wanita pada Datuk Mukhriz Mahathir. Dan bertuahnya kawan itu kerana dia berkata yang CCZ tak boleh nak beri jawapan kerana CCZ kurang arif bab perempuan.
Ehem...Pada CCZ, CCZ setuju bahawa bidang keusahawanan kecil-kecilan dan sederhana dipegang oleh Wanita. Dan isu kawan CCZ adalah lebih kepada permasalahan atau dilema mana-mana Wanita. Hasil usaha dan wang ringgit kaum Wanita selalunya digenggam oleh kaum Lelaki.
Itu diluar peranan yang mampu Datuk Mukhriz bawa. Mungkin yang boleh dilihat ialah mengingatkan kembali peranan Wanita itu sendiri. Di mana peranan Wanita di sisi agama. Jangan ditolak ke tepi. Agama bukan isu lapuk. Bukan isu yang ketinggalan zaman.
Dunia semakin maju dan Wanita menjadi maju akibat peredaran zaman. Tetapi selagi kita tahu di mana letakkannya peranan Wanita pada hari ini tentu saja pada CCZ tiada permintaan dari kaum Wanita kepada mana-mana pemimpin. Selagi hak dan undang-undang negara selari dengan undang-undang agama yang dibawa Rasulullah.
Sangat subjektif bukan? Itu saja dari CCZ sebagai kaum Wanita. Kalau ditanya. Dan memang tidak membantu mencari jawapan apakah yang kaum Wanita inginkan. Kerana rasanya dah cukup kot walaupun CCZ masih memakai 'tagline' yang sama. Hehehehehe...
Wah!! Puasnya boleh menulis. Wak! Terima kasih banyak-banyak kerana siarkan penulisan lepas perasaan ni. CCZ tumpang nanti ye. CCZ tumpang tulis ja. Tak payah bayar kerana semenjak Sanggul Melayu diwujudkan dan 'terhilang', CCZ tak pernah dibayar apa pun. Ok..Kita jumpa lagi minggu depan.
Sebelum itu, gambar di bawah adalah jawapan kepada pertanyaan kepada apakah yang Wanita harapkan. Dan CCZ rasa CCZ hampir tepat kali ini mewakili seluruh Wanita Malaysia.
Keselamatan dan perlindungan sebagai Wanita negara ini. Kalau berlakunya rusuhan, demonstrasi, sosial dan ekonomi negara buruk, kaum Wanita adalah selaku pengurus rumahtangga akan turut kacau bilau.
Keluarga dan masa depan generasi lebih banyak tanggungjawab pada kaum Wanita. Selamat bertanding kepada Datuk Mukhriz Mahathir untuk Naib Presiden UMNO.
p/s: Datuk...Cuti bersalin pada kaum Wanita tak payahlah had sampai 5 kali kelahiran ja..Nanti CCZ kumpul apa yang kaum Wanita nak lagi.
Lupa pulak, Wak Nyior Kering minta CCZ bagitahu, inilah calon yang dia janji nak beritahu pada 19hb. Tangan Wak terseliuh sebab monyet Wak baling buah nyior muda terkena Tuan. Terima kasih Wak sekali lagi.
CCZ pilih mana-mana calon pemuda sebagai Ketua Pemuda tapi bukan KJ! Luka lama masih berdarahlah..
ReplyDelete