Tetamu NK

Wednesday, 14 May 2014

Bila Mengeliat Keluar Bunyi Apa?

Bismillah...

Assalammua'laikum.

Hampir 3 bulan blog ini bersawang tanpa sebarang tinta yang ditulis. Hari ini seakan tergerak hati dan keinginan untuk mencoretkan sepatah dua yang mungkin menjadi loceng untuk saya kembali menemui pembaca.

Permulaan tahun 2014..sehingga kini terlalu banyak cerita yang berlaku seakan bertahun lamanya. Jangka 3 bulan yang merubah pandangan dan pemikiran. Hebatnya kehidupan. Syukur juga kepada Allah SWT di atas kurnia nafas sehingga masih mampu bertahan.

Politik di Kedah? Sejujurnya semakin ramai yang menunggu sentuhan ajaib dari Dato' Seri Mukhriz Mahathir. Rakyat melihat dan menilai. Walaupun lega dengan adanya MB ini  namun suara-suara nakal bercampur resah yang tentunya terbit dari yang atas sikit dari marhain. Golongan pertengahan yang juga pelaksana. 

Kedengaran kini kesukaran untuk bertemu dengan pemimpin negeri ini. Ada juga yang mula menyampah dengan kerenah orang-orang yang rapat dengannya. Yang kebiasannya didengar..'Mukhriz ok cuma orang-orang disekililingnya. Mereka bertindak sehingga menyukarkan suara rakyat sampai kepada MB.'

Ini bukan omongan. Saya menulis menyampaikan. Terpulang. 

Politik dalam dan luar negeri Kedah? Masih sama. UMNO masih mencari rentak. Kaum Cina masih lagi terbelenggu dengan Red Bean Army. 

Tapi BN seakan selepas merdeka. Masih bertahan dalam memberi khidmat. 

Cuma sesuatu yang ingin dikongsikan. Tentang perubahan. Perubahan dalam apa juga yang kita fikirkan, lalui dan bertindak. 

Menjadi seorang penulis tidak kira di lapangan mana pun samada melalui buku, majalah dan juga sebagainya kita tidak boleh lari dari meluahkan melalui pengalaman dan rasa hati. 

Kita berpandangan, mengeluarkan pendapat dan apa yang kita lakukan dan akan lakukan jika kita adalah kita dan jika kita adalah bukan kita. 

Sangat sedikit kita menemui kelemahan atau kegagalan penulis yang berbicara melalui pandangan. Tetapi sangat luas kerosakan jika kita menemui kebenaran keperibadian seorang penulis berbanding penulisannya. 

Samaada kita jujur atau tidak? Itu bergantung kepada niat. Dan kelicikan kita bermain kata-kata. 

Ada masa kita berjaya menulis sejujurnya tetapi adakalanya kita sering tewas dengan apa yang telah kita tulis.

Bicara seorang penulis sudah tidak benar jika kita sendiri mengkhianati penulisan kita.

Salam permulaan dari Nyior Kering yang cukup kering dan keras untuk dibuat demah..kau ada?

No comments:

Post a Comment