Tetamu NK

Monday, 20 January 2014

Melayu......Datang Padaku SemangatMu.....

CCZ menulis..

Rata-rata kita berhak memilih isu yang ingin dinaikkan atau disampaikan. Dan pada pembaca, mereka juga berhak memilih untuk membaca artikel mana yang memberi maklumat kepada mereka bergantung kepada minat mereka sendiri.

Dalam pada kita mencari dan tercari isu politik apakah lagi yang boleh kita dapat,  CCZ rasa ada sesuatu yang sangat segar dan jika pembaca tidak berminat dan memandangnya ringan maka pembaca sangat rugi.

Kesyahduan apakah ini?
Dalam angin pagi dan petang yang nyaman membuai.
Dua keadaan itu mengamit aku
Menarik nafas di bumi ini..
Aku berdiri bertanya angin
Aku Melayu
Dan aku sedang mencari Melayu...
Melayu itu misteri
Dan aku sebahagian misteri itu..
Bangsa aku dilenyapkan dalam sejarah
Menimbulkan tandatanya
Adakah ianya kebodohan menafikan kewujudan atau
Sememangnya bangsaku misteri yang tidak terjawab...

Angin itu berlalu pergi setelah menyapa wajah
Umpama selendang dari haruman Keturah..
Kamu carilah bangsamu..
Kerana bangsamu ada sejarah yang cukup gemilang
Bangsamu adalah bangsa penolong..

Siapakah Keturah? Siapa Melayu? Dan apakah buktinya?

Jika pembaca ingin mengenal siapakah bangsa Melayu, izinkan CCZ menyambung pembacaan pembaca dengan blog-blog yang cukup sarat dengan faktta baik politik, ekonomi dan sosial.

Silakan. Jika pembaca ingin tahu kekuatan Melayu..

Klik di bawah ini. Lupakan dahulu tentang politik apa bangsa pun. Kenali bangsa Melayu dan kita akan tahu siapa kita sebenarnya..

Mengenal bangsa Melayu

Melayu berasal dari Israel?

Adakah Melayu mempunyai Tamadun sendiri?

Penerangan Profesor Dr Mokhtar  Saidin tentang Sungai Batu..(Tamadun Melayu)

Sungai Batu

Lawak Kangkung Dengan Orang  Melayu

Dan jangan lupa dengar lagu ini...


Monday, 2 December 2013

Blogger Menghilangkan Diri...Adakah Kerana Pertaruhan?

Wak nak tegur seorang penulis tamu Wak iaitu CCZ yang dulunya ada blog Sanggul Melayu. Wak nak tegur sebab kalau bukan Wak yang padamkan pertaruhan CCZ dengan Kedahtimes, hari Khamis ni Wak takut bergegar Kedah bilamana ada seorang perempuan berlari sekeliling menara Alor Setar dengan memakai seluar dalam besar ataupun mencium mulut buaya. 

Wak awal-awal lagi dah baca email dari CCZ yang dikirimkan kepada Wak untuk Wak letakkan di dalam blog Nyior Kering ni. Dan Wak mula rasa tak sedap hati bilamana melihat keberanian luar biasa yang ditunjukkan oleh Cik CCZ ini.

Walaupun Wak selalu tumpang sekaki menyokong Kedahtimes tapi Wak rasa kali ini mungkin GLC-GLC Kedah akan memperbetulkan apa yang telah ditegur oleh para blogger.

Dan betul telahan Wak bilamana sehingga hari ini tiga GLC telah mengemaskini 'website' masing-masing. Tahniah Wak ucapkan. Wak rasa dengan adanya pengemaskinikan ini bermakna masih ada pihak yang mengambil berat apa yang diperkatakan rakyat di medan cyber. 

Tetapi sekarang Wak cuba hubungi CCZ tetapi tak dapat. Agak-agaknya dia dah lari. Melepas lagi!

Saturday, 30 November 2013

Blogger Bertaruh..EXCO Mana Patut Letak Jawatan Dulu?

CCZ menulis..

Kedahtimes, satu blog politik dari Kedah yang cuckup terkenal mungkin. Terkenalkah? Tapi CCZ suka baca 'posting' yang ada di dalamnya. Ada sesuatu yang sedang menarik perhatian CCZ.

Yang terbaru bertajuk 'Mari Kita Bertaruh'..Satu artikel yang ditulis berkenaan kelemahan yang sedang ditunjukkan BN dalam pentadbirannya di Kedah.

CCZ agak terkejut melihat perjalanan GLC di Kedah sehinggakan 'website' pun tidak dikemaskini. Mengapa?

Sinis bukan? Dah 7 bulan BN perintah. CCZ tentu saja tak akan salahkan Datuk Mukhriz Mahathir sebabnya sepanjang PRK Sungai Limau sehingga Perbentangan Belanjawan, Menteri Besar Kedah ini menjalankan tugasnya dengan begitu baik sekali. 

Tetapi mengapakah kealpaan-kealpaan kecil ini boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh memalukan Kerajaan Negeri?

Adakah setiap tindakan kita perlu menunggu sehingga Datuk Mukhriz sendiri perlu buka mulut dan buat sendiri kerja yang sepatutnya orang-orang yang telah diberi tanggungjawab buat?

Blogger bukan sesiapa. CCZ sendiri kenal berpuluh blogger Kedah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Jangan malukan kerja buat kita sampaikan ditegur dan disindir secara terbuka. CCZ tak salahkan blogger sebab blogger UMNO ni semuanya bertelur. Bukan macam blogger PR. Berani tegur kepincangan kepimpinan UMNO sendiri. 

Blogger tegur bukan untuk menjatuhkan tetapi supaya orang-orang yang telah diberi tanggungjawab sedar bahawa diri mereka diperhatikan. 

Takkan nak tunggu orang kata baru buat?

CCZ cuma nak senyum saja bilamana membaca PR menguasai GLC. Bukan sahaja GLC kot malah di mana-mana organisasi yang ditubuhkan dan yang diterajui oleh BN. 

Orang-orang BN ni baik-baik sangat. Bukan reti nak mengeluh. Bersyukur selalu. Ahli-ahli UMNO yang betul-betul berjuang dan sayang UMNO hampir sebahagian besar bukan berkehendakkan jawatan dan pangkat. Kalau musim pemilihan sering kali berlaku mereka-mereka ini lebih senang memilih orang lain yang jauh lebih tidak ada pekerjaan serta rajin hemoi sikit untuk ke hadapan mewakili penududk setempat. Tetapi yang sentiasa ada adalah restu.

Malangnya bukan semua orang yang mereka pilih mampu membawa suara UMNO dengan ikhlas. Mula saja ok. Lama-lama bila lihat kerusi besar, karpet merah, bila sampai disambut, siapa yang selama ni tak dapat segala keistimewaan ini akan ingatkah lagi pada perjuangan?

Berbaliklah dalam pekerjaan pun. Orang UMNO ni berhati mulia terlebih. Orang buat apa pun tak apa. Orang parti lain yang kununnya memperjuangkan Islam padahal mengendap perempuan mandi siang malam tuduh orang UMNO tak solat pun, orang UMNO diam saja. PR jadi bos pun tak apa sebab Kerajaan masih BN pegang padahal puak PR dah siap menternak, merekrut orang-orang mereka sampaikan jawatan-jawatan kecil milik BN jawatan-jawatan besar mereka punya.

Orang-orang UMNO masih baik hati. Sampailah sekarang. 

Baik hati tu dah kira ok dah tapi yang tak berapa nak kena malah menjadikan UMNO 'sudah jatuh ditimpa tangga' adalah sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang untuk cari kesenangan serta kekayaan sebanyak mungkin mengatasi tugas dan amanah sebenar mereka.

Apapun berbalik pada pertaruhan dibuat...dalam pada kesal timbul lucu.

Errr..tak ada ke pertaruhan yang menarik lagi ka? 

Tuesday, 12 November 2013

Syarat Nak Jadi Setpol Alaf Baru..Muka Kerut 14

Salam..Wah!!! Wak baru buka blogger.com ni..Terperanjat Wak..Kalau Wak tak buat apa-apa posting, blog Wak langsung tak ada orang baca. Kalau Wak 'post' saja satu artikel adalah juga 10, 20 orang baca.

Wak jadi hairan. Nampaknya betullah cakap-cakap orang yang blog orang tak baca. Dan lagi blogger ni adalah penulis yang perasan orang baca.

Iyolah....Wak akui lah perkara tu. Oleh kerana tak ada orang baca maka Wak rasa baik Wak mengutuk mengata seorang diri.

Buat sesiapa yang telah diberi Allah kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat contohnya pemimpin, setpol pemimpin, pemandu pemimpin..Wak harap berkhidmatlah dengan rasa rendah diri. Rajin-rajinlah senyum dan kurangkan bangga diri yang bertempat dan tak bertempat.

Janganlah ingat dengan jawatan sebagai setpol misalnya itu besar. Tanggungjawab kita terhadap Allah lagi besar. 'Be calm'...Jangan over excited sangat. Ramai orang perhati baik dalam parti sendiri mahupun parti lawan.

Kalau tak suka pun pada orang yang berurusan sama dengan kita janganlah bertindak keterlaluan.

Amanah tetap amanah.

Hari ni kita jatuhkan orang dengan kuasa, esok lusa tulat tungging, orang perjatuhkan kita 10 kali ganda lagi. Silap haribulan berguling jatuh di tangga tempat kita bekerja.

Berniat baiklah. Bersihkan hati. Bila kita di atas, kita kena terima orang suka dan tak suka pada kita. Kena terima walaupun ianya pahit. Nak jadi pemimpin kena jadi macam tu.

Ini tidak, alasan tak cabut bulu hidung pun diguna bagi nak sedapkan hati bila orang tanya tentang amanah yang diberi tapi tak laksana.

Wak tak cemburu sedikit pun. Kalau lantik Wak ganti tempat pun Wak ambil kalau tak lantik pun Wak bukan kebulur. Wak ada anak bini juga. Wak sedar rumahtangga wajar diberi perhatian walau sibuk kerja.

Bermuhasabah lah...Wak tegur sebab ramai sangat dah orang bercakap di luar. Nak tahu orang cakap apa, samalah macam Wak cakap. Wak hanya sampaikan apa orang cakap. Ini bukan istilah mengata. Ini istilah tegur. Walaupun kain Wak singkat hampir nampak telur...

So..last but not leave (adaka peribahasa omputih ni) Wak akhiri tugasan bukan harian dan tak berbayar Wak dengan salam Kedah Sejahtera dah tak ada..Kedah Aman Makmur dah sekarang. Makmurkan senyuman..Suburlah kemesraan. Rapatkan silaturahhim. Pulihkan perselisihan. Kalau baca terima kasih.Tak baca pandai2 lah mulut diam..tata..


Wednesday, 9 October 2013

Kalau Wak Tak Kata, Ramai Lagi Yang Kata..

Biarlah apa orang nak kata. Wak tetap nak cakap jugak. Sedih betul dengan UMNO sekarang. Yang bertanding untuk jawatan yang tinggi-tinggi dalam parti ini begitu senang menggunakan duit Kerajaan tanpa rasa malu. Hanya untuk dapatkan undi dan sebagai promosi diri bahawa dialah yang bagus, berkelayakan dan wajar diundi.

Untuk apa? Bagi Wak, kalau nak bertanding tak ada masalah tapi guna duit sendirilah. Janganlah salah guna duit Kerajaan hanya untuk kepentingan diri.

Berlambak contoh yang kita nampak tapi tak tahulah kenapa yang diberi tanggungjawab untuk jaga hal-hal senonoh orang-orang politik tak nampak?

Perkara-perkara macam inilah yang buat semakin ramai yang benci UMNO.

Lani senang. Ambiklah UMNO kat hampa. Gunalah semua teknik dan taktik untuk raih undi 100,000 lebih perwakilan. Tapi bukan semua mereka bekerja dengan Kerajaan.

Gunalah duit Kerajaan banyak-banyak. Undi 100,000 lebih orang itu lebih penting dari 28 juta rakyat Malaysia yang dok tengok kelakuan hampa. Keluar masuk TV atas nama buat kerja satu hal. Suratkhabar saja berlambak-lambak keluar yang tunjuk macam hampa buat kerja. Padahal bukan orang tak tahu. Bukan ada apa pun.

Semua untuk diri sendiri ja...Untuk diri sendiri ja...

Friday, 27 September 2013

Siapa Calon Dari Kumpulan Gangster?

CCZ menulis..

Satu petang, CCZ sedang memandu kereta membawa anak perempuan CCZ yang dah besar. Darjah 2 dah sekarang. Kereta yang CCZ pandu melewati sekolahnya di salah sebuah daerah di Kedah.

Tetiba anak CCZ berkata..

"Mak..ada tak sekolah yang ajar gangster?" terkejut CCZ dengan pertanyaan anak CCZ.

"Sekolah gangster?" tanya CCZ.

"Bukan sekolah tapi tempat ajar gangster." sambung si anak.

"Nak buat apa?"

"Saja..saya nak belajar jadi gangster. Wacha!!!" serentak dengan wachaa, anak CCZ buat aksi taekwando ka apa ntah dengan kaki tangan naik seolah nak tendang orang.

Dalam hati CCZ menggerutu. Ini tak lain tak bukan mesti terpengaruh dengan filem-filem dan drama-drama Melayu yang banyak tentang gangster.

Jadinya pembaca sekalian..Apakah yang harus kita lakukan? Nampaknya selain dadah dan masalah sosial yang lain, zaman anak kita lagi mencabar. Hmmmm...

p/s: Selepas ini gajet telefon yang canggih adalah bersekali dengan pistol dan kamera. Atas nama keselamatan.

Thursday, 26 September 2013

Takziah..

Al-Fatihah..Wak ucap takziah pada keluarga Allahyarham mantan MB Kedah, Ustaz Azizan. Semoga rohnya dirahmati Allah.