Tetamu NK

Monday 25 March 2013

Bukan Masjid Telaga Batu Kot..Telaga Belakang Rumah....

Rupanya cara Papagomo dalam mengeluarkan video Anwar secara berperingkat-peringkat memberi kesan yang besar kepada dunia blogger baik pihak BN mahupun pembangkang.

NK juga dalam menyebarkan Risalah Sayangi Kedah Sejahtera, seolah mengundang bala kerana telah mencabar blogger-blogger pro-Kerajaan. Hari ini satu persatu PAS ditelanjangi tanpa belas kasihan. 

Wak NK bukan seorang blogger yang sembrono dalam meletakkan maklumat serta menyebarkan maklumat. Bukan calang-calang pendedahan pihak blogger pro Kerajaan tentang apa yang ada dalam risalah ini.

Dan apabila NK sendiri mendapat beberapa input dan maklumat melalui FB dan juga twitter, NK semakin menyampah dan mual kerana terang-terangan risalah ini tak patut dikeluarkan dan diedarkan untuk rakyat Kedah. Pembohong besar!

PAS Kedah dengan bangganya menyatakan bahawa 12 masjid dibina pada zaman pemerintahannya. Sekarang NK lihat satu persatu maklumat pembinaan masjid telah berjaya diperolehi dan pembuktian yang benar-benar sahih bahawa bukan PAS yang buat. PAS boleh buat apa? Jalanraya pun tak boleh buat!

Ini antara bukti-bukti tentang 1 masjid yang PAS kata depa yang buat. Tak guna betul! Bikin malu Wak!


NK betul-betul ingat pendedahan dalam Kedahtimes hanya lawak-lawak kosong tapi cuba lihat di bawah:

NK rasa Kedahtimes silap kot..Bukan masjid Telaga Batu..Tetapi PAS nak buat kat telaga belakang rumah kot! Malu weh!!mana dia papan kenyataan kata pembinaan ini dari hasil titik peluh mereka. Kalau betul, tentu dah ada papan kenyataan yang ada lambang bulan. Tak pun tertera projek Pembangunan Kerajaan Negeri.

Ada lagi..Yang ini NK lagi angin satu badan. PAS Kedah ingat rakyat Kedah bodoh macam kambing? Macam lembu? Risalah macam hampas pun diedarkan untuk tipu siapa? Untuk tipu orang kampung? Tengok ini...Yang ini lagi buat NK berdarah biji mata..

NK memang malu dengan PAS Kedah. Lepas ni percayalah...jika PAS benar-benar betul keluarkan risalah Sayangi Kedah Sejahtera ini, maka dusta, maka lebih banyak pendedahan yang mendedahkan tindakan bodoh Kerajaan PAS. Memang NK takkan undi dah PAS sebab suka membohong.

Dalam satu perkara, NK rasa cukup-cukuplah kita bersikap lewa dan acuh tak acuh. Selama ini masjid-masjid di seluruh Kedah banyak yang telah dihakmilik oleh PAS tanpa ada rasa malu dan segan kata masjid ini mereka yang punya. Nak NK dedahkan? 

Bukan saja dihakmilikkan malah telah menjdai masjid untuk ahli-ahli PAS saja. Adakah pembohongan 12 masjid ini akan beri kesan kepada ahli PAS yang lain sama seperti NK? Kalau selama ini usaha menghakmilik berjalan tanpa rasa malu dan tanpa percetakan mengaku masjid-masjid itu kepunyaan PAS tetapi kali ini takkanlah NK nak percaya lagi sebab bila PAS dah mula berani bohong mulut kepada bohong melalui percetakan.

Di manakah kepimpinan ulama seperti yang diwar-warkan? NK nasihat buang lah kopiah dan serban hampa. Tak payah pakai sebab hampa memalukan Islam dan Melayu!


No comments:

Post a Comment