Dulu tahun 2008, Wak tengok jiran sebelah rumah dapat bendera BN dan UMNO, malu nak kibar kat depan rumah. Sebelum-sebelum ni bukan main. Pastu Wak tengoklah pulak bendera PAS, PKR dan DAP cukup naik tinggi lepas tu bila tengok jadi gerun. Sebab 2008, BN umpama mesin yang temporary out of services'.
Wak ada anak saudara yang kuat UMNO. Sanggup letak bendera depan kereta tapi tahun yang sama tak letak sebab malu.
Tahun 2013, Wak tengok BN bukan main gagah bangun. Wak turut sama terbangun. Wak walaupun bukan mana-mana parti tapi teruja dengan semangat BN.
Mungkin sebab isu-isu sensitif yang telah gagal dimenterai dengan baik oleh PAS terutamanya kalimah Allah. Itulah satu-satunya yang Wak kesal. Wak kesal betul.
Wak NK harap tahun 2013 bangsa Wak makin dihormati. Islam terus ditinggikan. Wak atas pagar. Wak nak terjun sokong UMNO, wak tunggu calon. Wak nak terjun PAS, Wak rasa dalam seminggu ni tak mungkin PAS boleh padam kotoran najis kencing dan tahi orang-orang yang lupa perjuangan dan juga angkara kaset rosak. U ulang I saman..
Wak tak nampak dah PAS boleh terus berdampingan kecuali dalam keadaan rela disihir oleh 2 parti yang Wak tengok memang dah tak boleh nak kompromi.
Satu rasis dengan Pulau Pinang dah jadi Singapura ke dua. Satu lagi kerja nak buat Malaysia salah satu yang memuliakan serta membenarkan sodom secara tak langsung menjadi negara sodom terkemuka.
Lawak-lawak Wak yang bernama NyiorKering tahu beza yang jantan yang mana betina.
Salam..
No comments:
Post a Comment