Tetamu NK

Friday 22 March 2013

Cabaran Kepada Blogger BN Kedah. Ada Berani?


Jeng jeng jeng...

Kalau Datuk Najib mengeluarkan buku KPI menteri-menterinya, Ustaz Azizan juga tak melepaskan peluang untuk mengumumkan segala kejayaannya sebagai MB mentadbir negeri Kedah.

Inilah bukti bahawa Ustaz Azizan telah melepasi KPI pentadbirannya setinggi KLCC berikutan kenaikan peratusan hasil balak yang telah berjaya diperolehi negeri Kedah.

Pada Wak, kita tengok gambar depan pun cukuplah..Kolej Insanniah..(Tapi kira sapa yang keluar buku ni pada waktu ni memang bengap lah..Tak jaga air muka PAS ka? Wak marah ni!)

Wak nak letak sikitlah petikan kata-kata azimat Ustaz Azizan...Rugi kalau tak baca petikan ni sebab risalah ni katanya khas untuk ahli MKK saja..Betul ka tak betul Wak tak tau. Tapi Wak dapatlah..Kira Wak ni orang kuat PAS jugak.

Wak nak cabar blogger-blogger BN Kedah..tolong buktikan jika risalah ini tak betul sebab Wak gerenti (makan sate 30 cucuk) risalah ni diyakini tepat, cepat dan melekat!

Baca perutusan di bawah ni..


Disebabkan pemerintahan ini adalah orang-orang yang menegaskan datang dari rakyat maka Wak setuju sebabnya Ustaz Azizan nak pulangkan semua kejayaan yang PAS lakukan selama sepenggal pemerintahan ini untuk dimaklumkan kepada rakyat.

Kiranya pemerintahan yang rakyat nak lah..Tapi Wak hairanlah kenapa semua rakyat Kedah tak dapat risalah ni. Kita kena war-warkan semua kejayaan seterusnya meraikan kejayaan gilan gemilang ini.

Wak bangga dengan Ustaz Azizan. Oh MBku! Wak pinjam gaya Anwar sekejap. I love you..

Kira wak bagi pembaca baca dululah 2 mukasurat ni untuk tatapan pembaca semua. Wak nak solat maghrib sekejap. Lepas ni Wak nak pasang bendera roket depan rumah Wak..

Blogger BN Kedah! Wak cabar k..


No comments:

Post a Comment