Tetamu NK

Tuesday, 23 April 2013

Pertandingan Siapa Cepat Tanggal Seluar Dalam

1 Undi PAS adalah bersamaan 1 Undi DAP. Dan banyak kain-kain pemidang MCA juga berlagu yang sama iaitu 1 Undi DAP adalah untuk 1 Undi PAS. Ironinya kalau sesiapa yang memangkah PAS bermakna dia telah memangkah DAP yang begitu rasis dan menolak untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan Hudud manakala jika memangkah DAP bermakna kaum-kaum yang bukan Melayu bersetuju untuk membantu PAS menjadikan negara ini negara Islam dan melaksanakan hudud.

Tetapi realitinya ialah PAS sudah menunjukkan dan bersedia untuk tolak dasarnya utamanya iaitu fleksibel dan perlaksanaan segala dasar yang diperjuangkan mengikut tulunjuk dan kemahuan parti yang lebih kuat. 

Bermakna marilah undi PAS pada masa ini kerana PAS takkan buat mengikut apa yang dicanangkan. Negara Islam? Jangan risau. Hanya nama ja. Hudud..Shyyyy! Tak payah sebut. Kami tahu bagaimana nak diamkan ahli kami.

Yang rugi dalam semua perkara adalah orang Melayu. PAS menunjukkan Melayu itu bisa saja dicucuk hidung dan mengikut apa sahaja kehendak orang lain hanya kerana takut sokongan lari. 

Hari ini PAS sudah berjaya melaksanakan tugas penting yang diamanahkan oleh DAP dan PKR yang mungkin secara tersirat dan tidak berbunyi tetapi faham. Kurangkan ekstrem dalam perkaitan yang berkait sosial dan ugama. Kalau boleh perkataan Islam jangan ditekan sangat kerana ianya akan menjauhkan ahli-ahli PR yang bukan beragama Islam. 

Kami main isu Kalimah Allah, jangan bagi apa-apa pandangan. Biar senyap kerana yang penting tarik orang terutamanya bukan Islam untuk lihat PAS boleh berkompromi. 

Jadi apa lagi yang tinggal? PAS hari ini lebih hina dari penghinaan mereka terhadap UMNO satu ketika dulu. Perumpamaan, jika baju itu terlekat di pakaian maka bukan hanya baju tetapi spenda kecil turut diberi bagi menunjukkan kesepakatan. Orang lain pakai kemas dan berkot, berkemilauan tetapi PAS tak apa..Tak ada baju pun tak apa sebab baju bukan tentu penentu nak masuk syurga. Janji pangkah PAS! Masuklah syurga!

p/s: Syurga dunia adalah neraka akhirat dan neraka dunia adalah syurga akhirat..

Tuesday, 16 April 2013

Senarai Penuh Calon BN Wilayah Persekutuan


PRU-13: Senarai penuh calon BN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 16 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Mereka ialah;
1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tenhku Adnan Tenhku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130416/px_61/PRU-13-Senarai-penuh-calon-BN-Wilayah-Persekutuan#ixzz2QaXa2ww0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mirip Anwar Tak Jumpa Lagi, Sekarang Nak Cari Mirip Stopa Ali Pulak!

Jaga-jaga Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, dengan keluarkan kenyataan macam ini akan memudahkan Tan Sri menjadi mangsa seterusnya video pelanduk dua serupa macam Stopa Ali. 

Tetapi Tan Sri, bagaimana dengan suara, bayang-bayang dan jam contohnya? Adakah teknologi sekarang begitu canggih sehingga boleh dibuat rakaman palsu? 

Pada Wak, dari Mustapa Ali baik buat terus rakaman pemimpin PAS yang lain contohnya Nik Aziz atau Hadi Awang. Atau Datuk Najib sendiri.

Tetapi kenapa Mustapa Ali yang Tan Sri kenal punyai keluarga yang bahagia dan bersih moralnya. Why? Why? Why? 

Kalau Mustapa Ali atau bukan Mustapa Ali sekalipun, UMNO tak untung mana..Sebab memang pasukan khas tersebut telah salah pilih pelakon yang mampu buat kaum wanita Malaysia mogok seminggu.

Hmmm..Orang kampung bukan cetek pemikiran dan boleh ditipu Tan Sri ooi...

Kita cari alasan lain k.

Monday, 15 April 2013

Oppa Panda Style.......Mari Kunyah Selepas Sedap!

Video yang dikatakan serupa Stopa Ali boleh dihayati dan dilayan di blog Cili Padi. Pada Wak, dari lihat video tu lebih baiklah kita layan video Kung Fu Panda.

Wak yakin itu bukan Mustapa Ali tetapi lelaki lain yang cakapnya telah dialek kepada bahasa Melayu. Dan Wak percaya kata Haji Hadi Awang...Mustapa Ali sakit lutut.

Tapi Wak nak pesanlah pada semua bakal-bakal ahli politik. Waspadalah...Jika nak berbini lebih dari satu, maka isytiharlah bini lain selain bini pertama. Kalau belum berbini, janganlah hendaknya mencari yang bukan bini.

Wak tak ada apa nak cakap cuma Wak rasa tertipu lah jika dalam video itu Mustapa Ali. JIKA...Jika bukan jika Wak tak lorat..

Sebab, PAS tegakkan Islam tapi dalam video tu semuanya macam Barat jer..Tak kenalah.

Pesan Wak : Buang buang buang....buang video tuh..Ramai yang muntah nih!

Saturday, 30 March 2013

Lagu Blues Untuk Ustaz Azizan.Untuk Anwar Kita Tunggu Siri 7 Gomol



p/s:  Petanda awal jika kita masih leka dan menganggap pentadbiran PAS adalah yang terbaik. Nasib lah kau KUIN.. Kalau nak operasi tunggu jelah PRU13..Itupun kalau tukar pentadbiran. Kalau masih yang sama, 5 tahun lagi, kira anjing ini sudah expert sekeliling bangunan...'Donia..ana yang punya'!

NK letak sini coretan kata dari admin..

This is a short video that shows just how finished the KUIN - KUALA KETIL Campus really is, while the Menteri Besar, Ustaz Azizan, is talking about people will be going fishing there soon, in reality the place has no people, no guards and wild dogs roaming the campus. This is not what the people of Kedah expect from an Islamic University.


Monday, 25 March 2013

Bukan Masjid Telaga Batu Kot..Telaga Belakang Rumah....

Rupanya cara Papagomo dalam mengeluarkan video Anwar secara berperingkat-peringkat memberi kesan yang besar kepada dunia blogger baik pihak BN mahupun pembangkang.

NK juga dalam menyebarkan Risalah Sayangi Kedah Sejahtera, seolah mengundang bala kerana telah mencabar blogger-blogger pro-Kerajaan. Hari ini satu persatu PAS ditelanjangi tanpa belas kasihan. 

Wak NK bukan seorang blogger yang sembrono dalam meletakkan maklumat serta menyebarkan maklumat. Bukan calang-calang pendedahan pihak blogger pro Kerajaan tentang apa yang ada dalam risalah ini.

Dan apabila NK sendiri mendapat beberapa input dan maklumat melalui FB dan juga twitter, NK semakin menyampah dan mual kerana terang-terangan risalah ini tak patut dikeluarkan dan diedarkan untuk rakyat Kedah. Pembohong besar!

PAS Kedah dengan bangganya menyatakan bahawa 12 masjid dibina pada zaman pemerintahannya. Sekarang NK lihat satu persatu maklumat pembinaan masjid telah berjaya diperolehi dan pembuktian yang benar-benar sahih bahawa bukan PAS yang buat. PAS boleh buat apa? Jalanraya pun tak boleh buat!

Ini antara bukti-bukti tentang 1 masjid yang PAS kata depa yang buat. Tak guna betul! Bikin malu Wak!


NK betul-betul ingat pendedahan dalam Kedahtimes hanya lawak-lawak kosong tapi cuba lihat di bawah:

NK rasa Kedahtimes silap kot..Bukan masjid Telaga Batu..Tetapi PAS nak buat kat telaga belakang rumah kot! Malu weh!!mana dia papan kenyataan kata pembinaan ini dari hasil titik peluh mereka. Kalau betul, tentu dah ada papan kenyataan yang ada lambang bulan. Tak pun tertera projek Pembangunan Kerajaan Negeri.

Ada lagi..Yang ini NK lagi angin satu badan. PAS Kedah ingat rakyat Kedah bodoh macam kambing? Macam lembu? Risalah macam hampas pun diedarkan untuk tipu siapa? Untuk tipu orang kampung? Tengok ini...Yang ini lagi buat NK berdarah biji mata..

NK memang malu dengan PAS Kedah. Lepas ni percayalah...jika PAS benar-benar betul keluarkan risalah Sayangi Kedah Sejahtera ini, maka dusta, maka lebih banyak pendedahan yang mendedahkan tindakan bodoh Kerajaan PAS. Memang NK takkan undi dah PAS sebab suka membohong.

Dalam satu perkara, NK rasa cukup-cukuplah kita bersikap lewa dan acuh tak acuh. Selama ini masjid-masjid di seluruh Kedah banyak yang telah dihakmilik oleh PAS tanpa ada rasa malu dan segan kata masjid ini mereka yang punya. Nak NK dedahkan? 

Bukan saja dihakmilikkan malah telah menjdai masjid untuk ahli-ahli PAS saja. Adakah pembohongan 12 masjid ini akan beri kesan kepada ahli PAS yang lain sama seperti NK? Kalau selama ini usaha menghakmilik berjalan tanpa rasa malu dan tanpa percetakan mengaku masjid-masjid itu kepunyaan PAS tetapi kali ini takkanlah NK nak percaya lagi sebab bila PAS dah mula berani bohong mulut kepada bohong melalui percetakan.

Di manakah kepimpinan ulama seperti yang diwar-warkan? NK nasihat buang lah kopiah dan serban hampa. Tak payah pakai sebab hampa memalukan Islam dan Melayu!