Tetamu NK

Saturday 11 May 2013

Hakikat Kaum Untuk Kita Di Bumi Malaysia

Musim sekarang dengan sekejap hujan sekejap panas membuatkan badan sentiasa rasa tak sihat. Jika panas sehari, jangankan kata berjalan di luar rumah, tutup kipas angin dalam rumah pun sudah bikin kepala jadi sakit akibat kepanasan.

Cuaca seperti juga manusia. Tidak boleh dijangka secara tepat. Terkadang laporan cuaca tepat dan sangat selalu juga kenyataan menidakkan ramalan.

Amaran Tsunami juga berpuluh kali dikeluarkan tetapi hampir kesemuanya berakhir dengan tidak berlakunya tsunami. Dan apabila berlakunya Tsunami yang betul, kedasyatannya sentiasa mengejutkan manusia.

PRU13 menyaksikan Tsunami Cina berlaku. Penolakan kaum Cina terhadap BN sangat kuat malah melebihi 95% keseluruhan pengundi Cina di negara ini.

Pelbagai analisis, pandangan, isu serta alasan yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh dan cendiakawan berbangsa Cina dan hampir kesemuanya berpendapat kaum Cina terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Dan di tengah-tengah itu nama seorang melayu terkeluar iaitu Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca utama kaum Cina membuang undi menyebelahi pakatan.

Tetapi pada Wak, faktor Anwar Ibrahim adalah sangat sedikit sekali pengaruhnya. Sebab sebenar ialah sememangnya kaum Cina ingin menunjukkan kuasa undi mereka. Dan ternyata mereka benar-benar kuat. 

Sayangnya kekuatan mereka tidak mampu mencapai keseluruhan kerana Malaysia ini adalah dihuni oleh Melayu, India, Bumiputera Sabah dan sarawak serta bangsa-bangsa minoriti lain.

Akibat ingin menunjukkan kekuatan dan kesepakatan, pengundi Cina kini berdepan dengan risiko yang mereka mungkin sedar tetapi diabaikan sahaja kerana yakin dengan kekuatan ekonomi serta keazaman yang tinggi untuk menukar Kerajaan sepenuhnya.

Pertama, kehilangan suara di dalam Parlimen dan kedua, kesan secara langsung iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar (walaupun peratusannya lebih adalah angka bukan puluhan peratus) bahawa Cina menolak untuk berkongsi bersama berbeza sebelum ini. Juga kepada kaum lain.

Jelas bahawa kaum Cina benar-benar serius untuk menukar Kerajaan dengan mengenepikan kaum lain. 

Dan pada masa ini, adakah ianya berjaya? Berjaya menunjukkan kekuatan undian tetapi kesannya untuk jangka masa yang mungkin tidak lama, lebih banyak rugi dari untung. 

Perjudian kini. Walaupun DAP kuat namun untuk menahan sebarang pembaharuan yang sangat drastik serta agresif oleh Kerajaan BN yang tidak akan diwakili oleh seorang pun wakil dari kaum Cina jika berpegang kepada keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawapan, DAP tak akan dapat membawa suara kaum Cina secara total. 

Sebelum ini kita mungkin melihat ramainya Melayu berdemonstrasi tetapi ke depan ini bermula kelmarin, kita mungkin boleh melihat kaum manakah yang akan ke depan mengadakan demonstrasi bagi mengantikan suara mereka di parlimen. 

Dan adakah corak demostrasi ini adalah langkah yang ekonomi serta efektif? Hmmm...

Marilah sama-sama kita memikirkan kesan apakah lagi yang pastinya akan berlaku. 

Anwar Ibrahim akan mengalami susut nilai yang berakhir dengan 0%. Ya atau tidak,Anwar juga tak akan mampu menolong kaum Cina kerana dia juga perlu melunaskan tanggungjawab kepada banyak pihak lain selain parlimen Permatang Pauh.

Tidak rugi menunjukkan kekuatan tetapi tidak untung dengan tindakan membuang undi untuk memenangkan kaum dengan membuang kaum lain yang sama-sama berkongsi kehidupan sejak Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

Sekadar mencoretkan untuk difikirkan. Untungkah kita mengundi berdasarkan kaum untuk jangka masa yang lama?

Baik Kerajaan mahupun pembangkang. Anak-anak kita akan tetap memilih kaum masing-masing untuk berkawan walaupun kita ini adalah rakyat Malaysia. Di tanah ini kita lahir walaupun kita berbeza bangsa.  Kita tetap menyanyikan lagu Negaraku apabila kita memenangi sebarang acara dan kita juga akan rasa selesa apabila sampai ke negara kita.

Kita masih berkongsi. Dan tiada bangsa apa pun yang akan hilang dengan undi kita kerana bangsa tetap kekal. Yang tidak kekal ialah kita.




2 comments:

  1. Anwar dah tulis satu surat kepada pengundi China...minta sokong Pakatan Rakyat...Anwar janji, kalau PR menang, dia akan jadi PM 2 tahun saja...pastu dia bagi la kat Guan Eng pulak..apalagi guan pun pecaya abih la..kita punya bangsa China mau jadi PM oooo

    ReplyDelete
  2. Surat tu siapa-siapa boleh tulis. Bukan buleh percaya sangata tetapi Anwar akan relakan apa saja yang menguntungkan PR. Walaupun dia tak tulis. Lagipun ayat-ayat tu jelas macam baru nak mengenal tatabahasa BM.

    ReplyDelete