Tetamu NK

Wednesday 22 May 2013

Mereka Berkata Kalau Mereka Perintah, Perlembagaan Persekutuan Akan Diubah...

Takkan Melayu Hilang Di Dunia..Itu ungkapan azimat turun temurun dari Hang Tuah. Pahlawan hebat Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selepas berkurun lamanya, hari ini rata-rata Melayu sudah memperlihatkan kebenaran kata-kata ini.

Wak berpendapat yang sama seperti penulisan Wak sebelum ini. Melayu UMNO dan Melayu PAS serta Melayu atas pagar patut bersyukur dengan apa yang terpampang dalam PRU13 kali ini. Masa untuk kita berubah sudah tiba.

Hentikan berpolitik. Lupakan tentang Anwar Ibrahim. Bersatulah. 

Semenjak 56 tahun, pelbagai pihak sesama Melayu cuba untuk meyakinkan bahawa Melayu boleh berniaga dalam perniagaan. Banyak pihak sesama Melayu yang sedaya upaya menghembuskan kata-kata perangsang untuk anak-anak Melayu belajar bersungguh-sungguh. Dan kita turut menyaksikan berapa banyak tokoh-tokoh politik yang berjuang secara tertib dan bijaksana mengubah Melayu. Dan kita juga menyaksikan kegagalan untuk meniupkan semangat perpaduan dan saling sokong menyokong antara sesama Melayu.

Tetapi hari ini, angka-angka undian dalam PRU13 telah mengubah kita kepada keadaan permuafakatan perpaduan yang sebenarnya telah lama tersimpan dalam khazanah kemerdekaan negara. 

Khazanah itu akhirnya terbuka. Dan kuncinya adalah angka. 

Angka-angka itu bukan sebarang angka tetapi angka-angka yang menunjukkan undi majoriti menolak kepimpinan Melayu itu adalah penggerak yang paling berkesan di dalam hati sanubari kita sebagai orang Melayu.

Hari ini tugas kita sesama bangsa Melayu sebenarnya bergerak dalam keadaan yang seiring. Susah dan senang. Susah kerana bermula dari sekarang bangsa Melayu perlu hentikan politik yang memecahbelahkan kita sesama bangsa. Orang Melayu terutamanya anak-anak muda perlu disedarkan tentang kepentingan sebagai pemilih. Dan orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa kita ini bertengkar di atas nama kesukaan berpolitik yang  berawang-awangan. Yang nyata sudah nyata. Hanya yang bodoh sombong akan mengatakan ianya auta.

Sekiranya mereka melaung-laungkan Perlembagaan Malaysia akan diubah jika mereka memerintah, hari ini Melayu yang masih perintah. 

Apa kata kita pula yang tukar Perlembagaan supaya Melayu terus-terusan sebagai pemerintah. Kelmarin mereka menjaja dengan kata 'KALAU' tetapi hari ini kita yang memegang bukan lagi KALAU tetapi MELAYU BOLEH!

No comments:

Post a Comment