Tetamu NK

Saturday 11 May 2013

Undi Besar Tetapi Cabaran Di Depan Lagi Besar

PRU13 dah berlalu. Keadaan kembali biasa cuma dalam hati masing-masing dijerut dengan pelbagai masalah yang sukar untuk dibicarakan.

Ada setengah pihak mula berasa perpaduan itu penting dan hasil keinginan untuk mengubah dan alami perubahan sedikit sebanyak tersentak dengan kekuatan setengah pihak lain yang banyak diam sebelum ini.

Dan setengah pihak yang berasa bangga kerana kuat kini berdepan dengan satu delima yang semakin menyesak perasaan. Tiada suara walaupun gagah. 

Sudah beberapa puluh tahun permintaan mereka didengar dan ditunaikan dan kali ini hanya kerana berasa megah yang tidak ketahuan, jangankan nak bersuara, berdehem pun belum tentu didengar.

Datuk Najib mula dipersalahkan walaupun hakikatnya Melayu kembali bersatu.

Pelbagai pandangan, kritikan, penawaran mula berlaku. Datuk Najib tidak gagal. Dia sudah berjuang sedaya upaya. Kali ini seharusnya kita patut bersyukur mengucapkan Alhamdulillah. Jalan sudah tersedia untuk 5 tahun yang akan datang.

Tanpa cabaran tanpa masalah, negara tidak akan matang kerana baru 50 tahun ini, kematangan kita sebagai bangsa mula memutik. 

Sedarlah..kemakmuran bukan datang dengan kosong.

Mungkin 1 Malaysia dikekalkan tetapi wujudkanlah satu lagi slogan baru yang menuntut kita untuk berfikir jauh di hadapan untuk semua bangsa.

Wak menyokong Satu Sekolah Untuk Semua sebagai perintis perubahan.

Harga sebuah kekuatan adalah kita menang dalam menghadapi cabaran. Jika kita kalah dipermulaan, apa guna kekuatan sebuah gunung. 

Masanya untuk kita mencorak apa yang kita pilih. Walau siapapun kita.

No comments:

Post a Comment