Tetamu NK

Sunday, 25 August 2013

Sejahtera Tunggu Nak Lipat Aman Makmur Ja..

Asalamua'laikum....Selamat Hari Raya..Wak minta maaf sebab lama benar berehat. Maklumlah. Selepas sebulan berpuasa, sekarang sebulan pula kita beraya. Sejak-sejak kita secara rasmi menyambut raya selama sebulan dengan wujudnya konsep rumah terbuka sehinggalah 30 haribulan Syawal maka Wak pun turut samalah menjadi malas untuk menaip. Sebab utama ialah banyak makan. Hasil banyak makan maka makin banyaklah tidur. Bila banyaknya tidur maka sudah tentulah banyak kerja yang tak jalan. Tapi Wak bukan macam tu. Wak cuma kata ja...

Ibarat sireh pulang ke ganggang. Umpama burung kembali ke sarang. Ibarat ikan pulang ke lubuk. Selepas PRU13, banyak parti sudah kembali ke status asal terutamanya pada negeri Kedah. 

BN kembali perintah dan PAS kembali lah menjadi pembangkang. Nak tahu macam mana BN perintah, patah baliklah 5 tahun ke belakang dan juga tahun-tahun sebelumnya. Nak tahu macam mana PAS menjadi pembangkang, maka lakukanlah seperti langkah yang sama.

BN dah tunjuk tak mampu menjadi pembangkang. Dan PAS juga dah buktikan bahawa mereka tidak layak untuk memerintah. 

BN pernah menjadi pembangkang tetapi dalam masa 5 tahun ni, BN membangkang dalam keadaan yang cukup lemah. Jangan kata nak serang habis-habisan, separuh jalan saja terus semput. Sebab tak ada pengalaman menjadi pembangkang. Asyik bertahan saja. 

PAS pula cukup cekap membangkang. Oleh kerana sangat cekap membangkang maka rakyat Kedah pun bagilah peluang untuk memerintah. Mula-mula cukup gah. Kemudian dah tak pulun sangat dah membangkang sebab sibuk memerintah. Bila BN serang dan tanya, depa buat bo layan ja, dalam bo layan, habis hutan kena tarah. Rakyat tengok tak kisah. Bising saja, bagi alasanlah baru nak buat kerja sebab baru memerintah. 

Roda berpusing cepat di Kedah. Di Kelantan, tak tahulah kenapa? Di Pulau Pinang, usaha berterusan dengan keinginan Malaysian Malaysia menjadikan roda berpusing payah. Tetapi pasti akan ada yang turun dan ada yang di atas.

Wak nak cakap pasal Kedah sudahlah. Berbalik pada tadi, Wak rasa pengalaman pada BN dan PAS mungkin akan terubah sedikit cara mereka bertahan dan membangkang. 

BN pastinya akan bertahan dan sentiasa akan berusaha untuk memerintah dengan lebih baik. Dan PAS pula ibarat pahlawan yang lama tak main pedang. Warming up sekejap saja cukuplah, mereka akan kembali biasa dan bergelar pendekar membangkang. Tetapi jangan lupa.Bukan dah pendekar sangat dah pun. Nama pun pendekar mulut dulu dari buah. Boleh fahamlah. 

Dan lagi satu BN kena ingat..Kalau PAS buat bodo bila BN tegur, depa ingat hanya BN yang lorat padahal seluruh rakyat Kedah pun perhati sama. Jadi ambiklah sebagai pengajaran. Dan PAS pula, lepas ni lagi sakanlah membangkang. Sebab depa tahu depa berak kat mana. Najis mereja yang nyata dan tersorok yang hanya mereka tahu itulah yang akan mereka halakan kepada Kerajaan BN sekarang dengan menyatakan itulah najis BN dan BN perlu dipersalahkan dan BN perlu bersihkan. 

Dan kena ingat. PAS cukup pandai dalam bab membangkang. Tapi Wak pun nak pesan jugalah. Takut pada Allah lah sebelum nak membangkang pun. Sebab rugi undi tak apa. Jangan undi syurga sebab kita berdusta dan mengadu domba agar rakyat menjadi bangsa yang tidak bersyukur dan berusaha. 

Syaitan bukan hanya syaitan alam ghaib saja. Manusia pun syaitan juga kalau dah ambil undi tolak dosa pahala.

Saturday, 22 June 2013

Hanya Jubur Babun Yang Boleh Hentikan Ghairahnya..

Wak tak faham dengan orang Melayu. Dan Wak tak faham mengapa para pembesar tak sensitif dengan angka?

Wak nak tegur beberapa perkara. Wak rasa Wak boleh tegur sebab Wak ni dah tua. Beza umur Wak dengan Lee Kuan Yew pun tak banyak. Kira sebab Wak dah makan banyak sangat garam sebab tu Wak rasa boleh tegur.

Pertama Wak nak tegur anak-anak Melayu yang masih lagi memegang peratusan tertinggi menjadi peserta demontrasi anjuran Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim ni memang handal. Bijak dan berani. Tetapi manusia yang terlalu bangga diri, yakin diri serta lupa diri kerana handal, bijak dan berani akhirnya memakan diri. Cara memakan diri bukan menjadi terbalik iaitu bodoh, tolol dan penakut tetapi dengan kehandalan, kebijakan serta keberanian yang dah tak kenal erti sempadan.

Cuba kita nilai balik, Qarun mati dalam keadaan dia kaya-raya. Harta dan kekayaan ikut serta terkambus tanpa sesen pun lari dari dirinya. Allah SWT dah tunjuk bahawa Qarun mati bersama kekayaannnya. Pada kita, harta Qarun kalau terpelanting walau seketul emas pun, kita dah jadi kaya tetapi kaya Qarun masih belum dapat selamatkan nasibnya yang di makan tanah. 

Sekarang kalau kita lihat, berapa ramai terlalu handal, bijak dan berani sampai lubang berahi pun dah tak reti nak beza. Binatang pun reti beza mana satu lubang yang ada rezeki dan mana satu lubang yang ada ular. 

Dan orang-orang yang terlalu handal, bijak dan berani yang sudah tertutup pintu hati sebab terlampau yakin kemampuan diri akan hanya diikuti oleh orang-orang yang buta hati samada sedar atau tidak sedar. 

Hari ini yang berdiri mendokong iltizam kosong Anwar adalah mereka-mereka yang satu bangsa dengan Wak. Di depan mereka, kalau mereka berani dan sedar tentang peluang dan syukur tentu sahaja mereka lebih senang untuk menukarkan semangat menunjuk perasaan kepada semangat untuk berusaha. Lagi sekali Wak lihat anak-anak melayu yang masih rela digelar bangsa yang bodoh dan dipergunakan oleh pembesar yang tidak dapat menerima erti kekalahan yang sudah diberikan secara bertulis mahupun lisan.

Wak tak tahulah kenapa akal anak-anak Melayu masih lagi lena dan singkat padahal lampu-lampu amaran tentang ancaman terhadap diri, agama, bangsa dan negara. Negara akan tetap sama. Namanya tetap Malaysia tetapi bangsa dan agama belum tentu terpelihara. 

Dan Wak pun musykil dengan cakap-cakap selamat..'ala..bilangan yang berhimpun bukan capai 100,000  pun..cuma 50,000...' 

Walau 1000 pun angka tetap angka. Orang di luar sana akan tetap mengatakan bahawa angka itu masih ada. Sebab itu tindakan tegas perlu diambil supaya angka-angka ini tidak ditukarkan ayat menjadi seperti di atas. Biarkan angka-angka yang timbul itu menjadi satu pengajaran contohnya daripada 50,000 pendemonstrasi yang melanggar peraturan dan undang-undang, 10,000 daripadanya yang didapati kakitangan Kerajaan akan diberhentikan kerja serta merta. Dan daripada 10,000 pendemonstrasi yang terlibat yang dikalangannya adalah mahasiswa, ditramatkan pengajian serta merta dan selebihnya lagi telah dikenakan denda sebanyak RM1000 sekepala mengikut bilangan ahli keluarganya. 

Ambil tindakan serta merta. Dan pastikan pihak yang perlu boleh menanggung bayaran denda hanyalah Anwar Ibrahim dalam tempoh 24 jam dari tarikh hari demostrasi manakala selebihnya yang dikenakan denda, disediakan sekeping akuan untuk Anwar Ibrahim memberi kerja serta menanggung pelajar-pelajar yang dibuang pengajian akibat perhimpunan. Biarkan win win situation di kalangan pendemonstrasi serta penganjur.

Bilangan angka yang diputar seolah kecil bukan penutup kisah demonstrasi. Kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas. Undi sudah diberi. Tolonglah hentikan segala episod pembangkang yang masih berlagu sama seperti sebelum pilihanraya.

p/s: Tergiang komen jiran Wak..katanya, 'Wak! Kalau tak berani, baik ambil telur monyet Wak ganti telur depa. Lawak-lawak monyet Wak, berani naik ke puncak petik buah!' oppsss...ini komen jiran Wak yang sedang tak puas hati dengan hal dalam kampung..Wak salah letak ka?


EXCO Kedah Kena Baling Buah Nyoir?

Salam....tudiaaaa...lama benar Wak tak menulis. Wak ni menulis, jiran tetangaa sorang dua dok ikut baca jugak. Bila dah lama tak mejengah nyior kering ni, jiran-jiran pakat dok ketuk pintu habis. Depa tanya Wak buat apa sampai tak mengemaskini blog Wak. Tapi Wak ada 'reason'..chewahh..Sesekali omputih lah jugak. 'Reason' Wak ialah Wak nak berhenti sembang pasal politik dan Wak nak tumpu kerja Wak iaitu kait buah nyior..

Yelah..bulan Ramadhan dah nak datang ni. Jadi persiapan menyambut Ramadhan lebih Wak utamakan. Tetapi oleh kerana jiran tetangga dah datang goncang pintu rumah Wak yang masih berpintukan daun-daun nyior yang dianyam cantik dan kemas ni, maka Wak penuhi permintaan mereka.

Tapi Wak nak mula dulu dengan perasaan hati Wak selaku yang bekas VIP yang bergelar mini YB. Tadi Wak jalan-jalan pi kenduri yang dihadiri oleh para YB. Wak ni yang pernah menyandang pelbagai gelaran ketua baik Ketua Cawangan, Ketua Suku Bahagian, Ketua Penasihat dan ketua-ketua lagilah berdiri agak jauh dari para YB. 

Wak tahu ramai yang kenal Wak tetapi Wak yakin 100% yang Wak tak kenal ramai yang kenal Wak. Sebab Wak dulu rabun dan selalu berkaca mata hitam. Wak jalan pakai tingkat dan Wak dulu selalu jalan tak betul sebab elak lubang dalam dan cangkat. Tetapi dengan kuasa Allah, Wak jatuh lubang sebab tak tanggal cermin mata dan tongkat Wak patah. 

Kesannya Wak tak boleh berjalan dan Wak dengan rela hati lepaskan semua jawatan-jawatan Ketua Wak. Memandangkan Wak rabun jadi siang tadi Wak langsung tak kenal orang. Yang Wak kenal ialah para YB sekarang yang Wak bagi undi sebab Wak sayangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam celah Wak tak kenal orang, seorang VIP yang Wak rasa-rasa macam pernah kenal angkat tangan dan gamit Wak ke kawasan para VIP. Wak senyum sambil angkat tangan.

Wak beri isyarat yang Wak tak dapat ke situ kerana Wak datang dengan bawa nyior-nyior untuk Wak bawa balik ke rumah. Wak datang sama seperti rakyat biasa dan Wak dah tinggalkan semua kenangan serta segala yang pernah Wak sandang. 

Wak tahu ramai benar yang kenal Wak tetapi seperti yang Wak katakan, Wak tak kenal ramai orang yang kenal Wak. Mungkin kesan fizikal sebab Wak jatuh. Sakit nak pulih ambil masa yang snagat lama. 

Wak lupa pulak nak 'straight to the point'. Wak cuma nak cakap janganlah dibimbangkan kehadiran Wak yang datang dengan memegang buah-buah nyior sebab Wak bukan nak 'hawing' buah nyior ke kepala para YB. Mana Wak mau buat macam tu. Tapi Wak tak teragak nak hawing buah nyior kalau ada para YB yang macam sesetengah blog kawan Wak yang bagi warning kepada para EXCO yang lupa daratan serta lautan. 

Wak dengar banyak yang pelik-pelik terutama Exco perempuan. Buatlah kerja dengan lebih sensitif tentang agama, bangsa dan negara. Jangan buat kerja untuk raih untung yang memang lumayan tetapi masa 5 tahun ni kalau silap buat kerja bukan tanah para Yb yang tergadai malah tanah air kita juga. 

Wak cuma nasihat. Wak juga nak bagitahu yang Wak suka lagi mengira buah-buah nyior Wak dari Wak kira habuan serta jawatan yang pernah Wak pegang. Zaman tu dah berlalu. Wak lebih senang untuk faham erti menjaga agama, bangsa dan negara walaupun tugas Wak hanya kait buah nyior. 

Pohon kelapa itu banyak fungsinya. Kurang-kurang bila Wak jumpa sebatang pokok nyior, Wak lebih bermuhasabah sebab pokok nyior lebih berjasa kepada manusia dari diri kita. 

Oklah..Wak harap jiran tetangga Wak puas hati walau hujung kuku dengan penulisan Wak. Kalau tak puas hati nanti Wak tulis panjang-panjang sampai kalian berat hati nak baca sebab terlampau banyak berkias-kiasan. 

Wak nak pi kukuq nyior sekejap. Jangan goncang lagi pintu ruamh Wak. Reban rumah Wak, Wak nak tidur mana? Sekarang zaman IT..Tak payah ketuk pintu rumah Wak..Cuma Whazup Wak. Ok? Oklah...Daaa..

Wednesday, 22 May 2013

Anwar Terus Kempunan Telur Tembakul..

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut,  yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan  haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada  negeri  Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti  rakyat sekarang ialah  untuk memenuhi  segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .  

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.  Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.  

Saya  cabar pakatan untuk  melepaskan  tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya  masih  tidak boleh menerima  keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan  isu undi popular. Tidak  wajar untuk  mereka memaksa  Kerajaan Barisan Nasional  berundur   sedangkan mereka  sendiri  tidak  mahu berundur  di Negeri-negeri yang dimenangi. 

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar  segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya  negeri  Kedah yang aman damai.


Mereka Berkata Kalau Mereka Perintah, Perlembagaan Persekutuan Akan Diubah...

Takkan Melayu Hilang Di Dunia..Itu ungkapan azimat turun temurun dari Hang Tuah. Pahlawan hebat Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selepas berkurun lamanya, hari ini rata-rata Melayu sudah memperlihatkan kebenaran kata-kata ini.

Wak berpendapat yang sama seperti penulisan Wak sebelum ini. Melayu UMNO dan Melayu PAS serta Melayu atas pagar patut bersyukur dengan apa yang terpampang dalam PRU13 kali ini. Masa untuk kita berubah sudah tiba.

Hentikan berpolitik. Lupakan tentang Anwar Ibrahim. Bersatulah. 

Semenjak 56 tahun, pelbagai pihak sesama Melayu cuba untuk meyakinkan bahawa Melayu boleh berniaga dalam perniagaan. Banyak pihak sesama Melayu yang sedaya upaya menghembuskan kata-kata perangsang untuk anak-anak Melayu belajar bersungguh-sungguh. Dan kita turut menyaksikan berapa banyak tokoh-tokoh politik yang berjuang secara tertib dan bijaksana mengubah Melayu. Dan kita juga menyaksikan kegagalan untuk meniupkan semangat perpaduan dan saling sokong menyokong antara sesama Melayu.

Tetapi hari ini, angka-angka undian dalam PRU13 telah mengubah kita kepada keadaan permuafakatan perpaduan yang sebenarnya telah lama tersimpan dalam khazanah kemerdekaan negara. 

Khazanah itu akhirnya terbuka. Dan kuncinya adalah angka. 

Angka-angka itu bukan sebarang angka tetapi angka-angka yang menunjukkan undi majoriti menolak kepimpinan Melayu itu adalah penggerak yang paling berkesan di dalam hati sanubari kita sebagai orang Melayu.

Hari ini tugas kita sesama bangsa Melayu sebenarnya bergerak dalam keadaan yang seiring. Susah dan senang. Susah kerana bermula dari sekarang bangsa Melayu perlu hentikan politik yang memecahbelahkan kita sesama bangsa. Orang Melayu terutamanya anak-anak muda perlu disedarkan tentang kepentingan sebagai pemilih. Dan orang-orang Melayu perlu disedarkan bahawa kita ini bertengkar di atas nama kesukaan berpolitik yang  berawang-awangan. Yang nyata sudah nyata. Hanya yang bodoh sombong akan mengatakan ianya auta.

Sekiranya mereka melaung-laungkan Perlembagaan Malaysia akan diubah jika mereka memerintah, hari ini Melayu yang masih perintah. 

Apa kata kita pula yang tukar Perlembagaan supaya Melayu terus-terusan sebagai pemerintah. Kelmarin mereka menjaja dengan kata 'KALAU' tetapi hari ini kita yang memegang bukan lagi KALAU tetapi MELAYU BOLEH!

Saturday, 11 May 2013

Undi Besar Tetapi Cabaran Di Depan Lagi Besar

PRU13 dah berlalu. Keadaan kembali biasa cuma dalam hati masing-masing dijerut dengan pelbagai masalah yang sukar untuk dibicarakan.

Ada setengah pihak mula berasa perpaduan itu penting dan hasil keinginan untuk mengubah dan alami perubahan sedikit sebanyak tersentak dengan kekuatan setengah pihak lain yang banyak diam sebelum ini.

Dan setengah pihak yang berasa bangga kerana kuat kini berdepan dengan satu delima yang semakin menyesak perasaan. Tiada suara walaupun gagah. 

Sudah beberapa puluh tahun permintaan mereka didengar dan ditunaikan dan kali ini hanya kerana berasa megah yang tidak ketahuan, jangankan nak bersuara, berdehem pun belum tentu didengar.

Datuk Najib mula dipersalahkan walaupun hakikatnya Melayu kembali bersatu.

Pelbagai pandangan, kritikan, penawaran mula berlaku. Datuk Najib tidak gagal. Dia sudah berjuang sedaya upaya. Kali ini seharusnya kita patut bersyukur mengucapkan Alhamdulillah. Jalan sudah tersedia untuk 5 tahun yang akan datang.

Tanpa cabaran tanpa masalah, negara tidak akan matang kerana baru 50 tahun ini, kematangan kita sebagai bangsa mula memutik. 

Sedarlah..kemakmuran bukan datang dengan kosong.

Mungkin 1 Malaysia dikekalkan tetapi wujudkanlah satu lagi slogan baru yang menuntut kita untuk berfikir jauh di hadapan untuk semua bangsa.

Wak menyokong Satu Sekolah Untuk Semua sebagai perintis perubahan.

Harga sebuah kekuatan adalah kita menang dalam menghadapi cabaran. Jika kita kalah dipermulaan, apa guna kekuatan sebuah gunung. 

Masanya untuk kita mencorak apa yang kita pilih. Walau siapapun kita.

Hakikat Kaum Untuk Kita Di Bumi Malaysia

Musim sekarang dengan sekejap hujan sekejap panas membuatkan badan sentiasa rasa tak sihat. Jika panas sehari, jangankan kata berjalan di luar rumah, tutup kipas angin dalam rumah pun sudah bikin kepala jadi sakit akibat kepanasan.

Cuaca seperti juga manusia. Tidak boleh dijangka secara tepat. Terkadang laporan cuaca tepat dan sangat selalu juga kenyataan menidakkan ramalan.

Amaran Tsunami juga berpuluh kali dikeluarkan tetapi hampir kesemuanya berakhir dengan tidak berlakunya tsunami. Dan apabila berlakunya Tsunami yang betul, kedasyatannya sentiasa mengejutkan manusia.

PRU13 menyaksikan Tsunami Cina berlaku. Penolakan kaum Cina terhadap BN sangat kuat malah melebihi 95% keseluruhan pengundi Cina di negara ini.

Pelbagai analisis, pandangan, isu serta alasan yang telah diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh dan cendiakawan berbangsa Cina dan hampir kesemuanya berpendapat kaum Cina terpedaya dengan dakyah pembangkang.

Dan di tengah-tengah itu nama seorang melayu terkeluar iaitu Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca utama kaum Cina membuang undi menyebelahi pakatan.

Tetapi pada Wak, faktor Anwar Ibrahim adalah sangat sedikit sekali pengaruhnya. Sebab sebenar ialah sememangnya kaum Cina ingin menunjukkan kuasa undi mereka. Dan ternyata mereka benar-benar kuat. 

Sayangnya kekuatan mereka tidak mampu mencapai keseluruhan kerana Malaysia ini adalah dihuni oleh Melayu, India, Bumiputera Sabah dan sarawak serta bangsa-bangsa minoriti lain.

Akibat ingin menunjukkan kekuatan dan kesepakatan, pengundi Cina kini berdepan dengan risiko yang mereka mungkin sedar tetapi diabaikan sahaja kerana yakin dengan kekuatan ekonomi serta keazaman yang tinggi untuk menukar Kerajaan sepenuhnya.

Pertama, kehilangan suara di dalam Parlimen dan kedua, kesan secara langsung iaitu kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar (walaupun peratusannya lebih adalah angka bukan puluhan peratus) bahawa Cina menolak untuk berkongsi bersama berbeza sebelum ini. Juga kepada kaum lain.

Jelas bahawa kaum Cina benar-benar serius untuk menukar Kerajaan dengan mengenepikan kaum lain. 

Dan pada masa ini, adakah ianya berjaya? Berjaya menunjukkan kekuatan undian tetapi kesannya untuk jangka masa yang mungkin tidak lama, lebih banyak rugi dari untung. 

Perjudian kini. Walaupun DAP kuat namun untuk menahan sebarang pembaharuan yang sangat drastik serta agresif oleh Kerajaan BN yang tidak akan diwakili oleh seorang pun wakil dari kaum Cina jika berpegang kepada keputusan MCA untuk tidak menerima sebarang jawapan, DAP tak akan dapat membawa suara kaum Cina secara total. 

Sebelum ini kita mungkin melihat ramainya Melayu berdemonstrasi tetapi ke depan ini bermula kelmarin, kita mungkin boleh melihat kaum manakah yang akan ke depan mengadakan demonstrasi bagi mengantikan suara mereka di parlimen. 

Dan adakah corak demostrasi ini adalah langkah yang ekonomi serta efektif? Hmmm...

Marilah sama-sama kita memikirkan kesan apakah lagi yang pastinya akan berlaku. 

Anwar Ibrahim akan mengalami susut nilai yang berakhir dengan 0%. Ya atau tidak,Anwar juga tak akan mampu menolong kaum Cina kerana dia juga perlu melunaskan tanggungjawab kepada banyak pihak lain selain parlimen Permatang Pauh.

Tidak rugi menunjukkan kekuatan tetapi tidak untung dengan tindakan membuang undi untuk memenangkan kaum dengan membuang kaum lain yang sama-sama berkongsi kehidupan sejak Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

Sekadar mencoretkan untuk difikirkan. Untungkah kita mengundi berdasarkan kaum untuk jangka masa yang lama?

Baik Kerajaan mahupun pembangkang. Anak-anak kita akan tetap memilih kaum masing-masing untuk berkawan walaupun kita ini adalah rakyat Malaysia. Di tanah ini kita lahir walaupun kita berbeza bangsa.  Kita tetap menyanyikan lagu Negaraku apabila kita memenangi sebarang acara dan kita juga akan rasa selesa apabila sampai ke negara kita.

Kita masih berkongsi. Dan tiada bangsa apa pun yang akan hilang dengan undi kita kerana bangsa tetap kekal. Yang tidak kekal ialah kita.